kalau dah xminat hafal sejarah memang susah la kan....
Sunday, May 20, 2012
Posted by himmatulinsan at 8:48 AM 0 comments
Friday, May 18, 2012
jangan
tolong jangan terlalu baik denganku
bukan tidak suka
cuma tidak selesa
kerana orang tua sendiri
tak buat begitu
tak ajar untuk begitu
memang hakikatnya setiap mukmin itu bersaudara
tidak kunafikan itu
cuma kadang-kadang
perasaan tidak-tidak menjengah
kerana diri selalu bermasalah
dan menyusahkan saudara disekeliling
sudah terlalu banyak kamu membantu
tak mahu lagi terhutang budi
#sungguh diri segan#maafkan saya#
Posted by himmatulinsan at 8:11 AM 0 comments
Thursday, May 17, 2012
Kisah itu.
Isnin 14/5/2012
11.30 pg :
Kita : Kak, orang exam petang ni.Doakan ye,berdebar-debar jantung macam nak luruh dah..hehe.
Akak : Ye buat elok2. in sya' Allah boleh buat. Oh ye, nenek tak sihat. Tak nak makan 2 3 hari dah.Tak tahu la tengok gaya macam dah nak pergi.
Kita : oh ye ke, ish ape cakap macam tu,tunggu kita balik dulu.
5.30 petang :
Kita : Mak,kita dah habis exam tadi.
Mak : Mak dah takde dah.(meninngal)
Kita : (sepi seketika)..Innalillahiwainnailaihiroji'un. ye ke.nak balik.camane ni nak balik.
Mak : tak tau la nak kata.Nanti ada exam lagi kan. Lagipun jauh Johor dengan Terengganu.
Begitulah, serba sedikit dialog yang berlaku pada hari tersebut. Hari dimana arwah nenekku kembali ke rahmatullah. Saatnya tiba jua tidak terlambat walau sedetik tidak tercepat walau sesaat. Di ambil tanpa perlu menunggu sesiapa kerana Dia Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan berhak untuk 'mengambil' bila-bila masa sahaja.
Sungguh, sayu rasanya hati tetapi Redha itu perlu. Suatu ketika, kami memandikanmu, menghiasi dirimu, menyuapkanmu,membersihkan dirimu,bergurau senda denganmu dan bermacam-macam lagi setelah engkau tidak mampu lagi mengurus diri.
Masihku ingat, ketika sihat arwah seorang yang sangat rajin dan menyayangi cucu-cucunya. Selalu masak dan buat kuih yang best2. Contohnya kuih hijau,bahulu tepung bungkus...sedaap). Kalau kuih tak habis, kirim kat cucu-cucu balik makan dengan keluarga. KAdang-kadang rezeki murah, dikongsi sedikit wang kat cucu-cucu. Paling ingat, arwah memang awal menunaikan solat terutamanya waktu subuh. setengah jam sebelum masuk waktu subuh, arwah pasti bangun.Selesai solat, arwah akan mengejutkan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah.
Kini kau tiada lagi. Kenangan itu berlegar-legar di mindaku lantas kesedihan menyelubungi hati. Dikuatkan hati agar tidak terlalu mengikut perasaan. Ingatan perlu disemat bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati :Kullu nafsin zaiqotulmaut. Cuma masanya tak tahu bila dan bagaimana caranya. Esok,lusa,bulan depan atau tahun depan atau mungkin juga sebentar lagi? Oleh itu, persediaan itu perlu. Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan menemui-Nya esok.
Alhamdulillah, sempat menunaikan tanggungjawab sebagai cucu, sedikit bacaan Yasin dan tahlil kat masjid IPG. Syukran kepada semua yang telah menghadiri. Semoga amalnmu diterima disisi Allah S.W.T.
Al-Fatihah buat arwah.
Posted by himmatulinsan at 10:15 AM 0 comments
Sunday, May 13, 2012
:)
Alhamdulillah,sungguh lama jari tidak menari diruangan ini.Rindu semakin menggunung namun sekadar menjengah tika kerinduan hampir memuntahkan rasanya.
Sungguh, banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh peninggalan penulisan disini. Semuanya datang secara tiba-tiba dan serentak. Allah juga yang Maha Mengetahui rahsia mengapa diuji diri sedemikian rupa..Dia memang sweet,'Perahsia'..^_^
Esok bermulalah peperiksaan untuk Semester 3. EDU untuk Pengurusan Bilik Darjah. Harap dapat tenangkan minda dan juga hati menghadapi peperiksaan ini. Subjek 'killer' orang kata..Semoga dipermudahkan.
Itu sahaja,tak mau cakap banyak-banyak.Mungkin lain kali pula..syukran wa ilalliqo'..:)
Posted by himmatulinsan at 2:22 AM 0 comments
Wednesday, March 28, 2012
Semoga tenang hatimu,
indah akhlakmu,
merindukannya,
dalam sepi kehidupan,
moga sentiasa dalam rahmatNya,
menjaga hatinya buat yang selayaknya,
hingga saat lafaz sakinah dituntun.
=.="
Posted by himmatulinsan at 5:58 AM 0 comments
Popular Posts
-
Assalamualaikum.. لا اله الا الله العظيم الحليم, لا اله الا الله رب العرش العظيم, لا اله الا الله رب السموات ورب الارض رب العرش الكريم. ...
-
Tulisan Di Atas Pasir Di pesisir sebuah pantai, tampak dua anak sedang berlari-larian, bercanda, dan bermain dengan riang gembira. Tiba-tib...
-
Temanku, Allah menciptakan manusia sama, Dengan sebaik-baik kejadian, Cuma amalan manusia itu berbeza-beza, Ada yang lalai dengan anga...




