Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan...=)

Assalamualaikum..



Ahlan Wasahlan Ya Ramadan,
khabar dari TV mengesahkan segalanya
tanda hilal sudah kelihatan,

setelah isya' didirikan,
kedengaran sahutan 'assolaatuttarawikh',
tersedar dari hayalan,
bulan mulia sudah menjengah,
syaitan diikat rantai,
tiada yang bisa menggoda.
hanya iman penentu segala
tingkat tingi dan rendahnya,


senarai ketiga dalam list rukun islam itu,
wajib dilaksanakan muslimin dan muslimat,
seperti yang telah diwahyukan dalam surah Al-Baqarah:183..

semoga kuat perangi nafsu
yang sentiasa bersama walau dimana dan kemana
sedia bersama senjata tajam
alquran dan zikir sebagai penolong
amal yang baik sebagai pendorong


ucapan ramadan dah banyak dapat,
berpantun pantin,
bila ditengok2,
eh same pulak
hehe

terawikh 1 ramadan,
di bumi IPG, BP
mahligai 283 tetap dilubuk paling dalam
alhamdulillah sempat merasai ramadan kali ini
terkenang aku pada mereka yang telah pergi
tidak sempat merasai ramadan ini
alfatihah
salam ramadan





::Salam Ramadan

Wednesday, July 27, 2011

Sunday, July 24, 2011

Ikim...

Assalamualaikum..

Teringat kembali tujuan nak beli handphone yg ade radio..semata-mata nk dengar radio ikim..ya..semata-mata..sebab saluran ni memang banyak bagi manfaat selain dapat meningkatkan semangat sebagai seorang islam.



Frekuensi IKIMfm

Masalah timbul plak bila line xbetul..huhu..so xleh nk beza sgt mana radio muzik ngan klasik..hoho..malam ni cari radio ikim..nak sangat dengar ni....

Cari punya cari xjumpa..yang jumpa johor fm..layan la kejap..alhamdulillah Allah hantar sahabat saya tuk bantu..dan akhirnya terus dapat..syukran Ya Allah..^___^..(Allah memang baik, makbulkan hajat saya...subhanallah..)

Tenang rasanya dengar radio ikim...nak belajar arab yang senang2 pun boleh...terima kasih IKIM F.M......


Jom Layan...^__^





*saya bantah drama itu...
*Allah,pinjamkan daku sedikit kekuatan..

Saturday, July 23, 2011

Kisah Rasulullah dan Buah Limau..


Assalamualaikum..

alt
"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan datangnya dari orang bukan Islam. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa kerana sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Wallahualam...
Sumber imej : Google Image

Wednesday, July 20, 2011

Jom Sihat yukk!!...

Assalamualaikum..




Post kali ni nk cakap sket psl jogging..masih ade yg xtau ape itu jogging?..haa..nmpak org lari petg2 tu jogging la namanya...xtermasuk yg kena kejar ngan binatang or orang ye...hehehe...

*sukenye die bleh joging..hehe

Beza ya jogging, lari dan jalan...jangan kita samakannya sebab yang pertama semestinya ejaannya lain2...(hehe..betul3..)..keduanya cari dalam kamus dewan apa maksud ketiga-tiga perkataan ni..kalo kurang rajin tanya cik google je...mesti jawapannye lain...^__^..(penulis xnk bgtau mksudnye supaya pembaca sekalian rajin membelek kamus dewan tu...hehe..jgn marah..)




Ada orang jogging awal pagi ada juga petang hari..setakat ni xde lg yang jogging wktu tenghari dan mlm..hik3..ade sape2 pernah jumpa...huu...awal pagi dan lewat petang adalah masa yang terbaik tuk jogging sbb cuacanya tidaklah terlalu panas..bayangkan kalau pukul 3 petang jogging, apa akan jadi?..rasanya makin xsehat nanti..ngee..




Jadi sbnrnya kenapa dorang2 ni semua suka berjogging ni?...pelik betull..xjogging pun boleh sehat kan....huhu..jom kita bedah siasat apa manfaatnya dgn berjogging smpai basah lencun baju...huk3..




MANFAAT BERJOGGING..

  • Menurunkan berat badan..(wow!!..)
  • Merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah..(hemm..)
  • Mengelakkan kerosakan tulang dan otot.(oh ye ke..)
  • Meningkatkan ketahanan tubuh.(mesti la..)
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, osteoporosis, diabetis dan obesiti.(lg best..)
  • Mengurangkan risiko barah.(insyaAllah..)

DARI ASPEK PSIKOLOGI
  • Mengurangkan tekanan kerana badan mengeluarkan hormon endorfin.(mende pulak hormon endorfin ni?..jom cari sama2 ape mende ni..)
  • Menstabilkan perasaan bimbang.
  • Mengelakkan kemurungan.(indah bila dpt lihat keagungan ALLAH masa joging)
  • Meningkatkan keyakinan diri.(ye ke?..cne ek?)
  • Ruang untuk bersosial.(memang sbb jumpa ramai orang..)


Haa..tu dia manfaatnya berjogging..kalu xpercaya cuba jogging dalam 20-30 minit setiap sesi pasti dapat merasai manfaat-manfaat seperti yang tertera diatas tu..hehe..tapi kena ingat jogging pun ada caranya..bukan sesuka hati jogging je...nak tau apakah dia?..teruskan bacaan..^^,


POSISI TUBUH BADAN
  •  Lengan lepas menghayun secara semulajadi.
  • Siku membengkok 90 darjah.
  • Kepala dan badan tegak.
  • Pinggul ke belakang sedikit.
  • Rehatkan rahang dan bahu.(rehatkan rahang?..mknanya xleh makan pape la?..huhu)
  • Bernafas melalui hidung dan menghembusnya melalui mulut.
  • Kaki dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

ohh begitu... =0


*yg ni kut...tgok kaki,lengan dan posisi badan die...tiru mcm saye..=)


Hemm manfaat dah..cara dah..ape lg??..oh yee pakaian nak jogging....ape pakaian yg sesuai ye.meh tengok meh..



PAKAIAN JOGING
  • Kasut yang sesuai.(senangnya kasut tuk joging la..)
  • Pakaian longgar yang menyerap peluh.(kalo ketat xbleh gerak plak nnti..)
  • Elakkan pakaian berasaskan kapas kerana ia sekadar memerangkap peluh dan membuatkan badan lembap.
  • Jika cuaca sejuk,pakai jaket yang membenarkan pengaliran udara dan kalis air.
  • Jam randik untuk mengira tempoh joging.(guna jam tangan pun xpe..)

Haa dah tau pakaian yang sesuai tuk joging petang ni?..meh kita tengok pulak langkah-langkah keselamatan elakkan kecederaan..jom!!

MENGELAK KECEDERAAN
  • permukaan rata dan lembut. 
  • permukaan kaki lima dan konkrit berbahaya.(elakkan..)
  • elakkan permukaan tidak rata dan senget.
  • tukar kasut setiap 900 kilometer apabila daya anjalnya berkurangan.
  • mulakan joging secara berperingkat.
  • elakkan menambah jarak larian melebihi 20% seminggu.
  • rujuk pakar kesihatan jika anggota terasa sakit.
  • lakukan sesi pemanasan badan.(warming up)
  • berjalan selama lima minit dipenghujung joging.(supaya urat2 xterkejut terus berhenti lepas joging)
  • lakukan sesi menyejukkan badan seperti membuat regangan otot selama 2-3 minit.(coling down)




Dah tau dah semua tips2 joging...haa apa lagi jom siap2 g joging..hehe...ingat ye..العقل السليم في جسم السليم..maksudnya akal (minda) yang sehat pada badan yang sehat...(kenape?..ingat penulis sruh cari jgak ke?..hehe..xpe yg ni percuma ...^__^)

Semoga kita dapat penuhi masa terluang dengan sebaiknya..bermanfaat buat rohani juga jasmani...






*skrg penulis dah jd penjual(tolong kwn)..so sape2 yg nak beli Majalah terbaru GenQ meh2 bagitau penulis...^__^
*sabtu ade kelas lg..huk3...



Friday, July 15, 2011

Doa untuk dia..






Allah,
aku tidak kuat dalam menghadapi ujianmu
mengapa engkau hadirkan dia
walau telah ku ingatkan diri
bahawa cinta dunia hanya akan melekakan
jika bukan berlandaskan jalan yang benar


Allah
Hanya Engkau Yang Mengetahui
Tingkat kemampuanku dalam menghadapi ujianmu
kerana pastinya
Engkau akan menimpakan ujian itu 
sesuai dengan kesanggupan hambamu
namun Ya Allah
jika ujianMu bertali arus
aku tidak mampu
kerana aku bimbang iman
yang kupunya ini hanyalah senipis kulit bawang
malah mungkin lagi nipis dari itu


Allah
pandulah dia
titipkan rasa kehambaannya padaMu
kuatkan hatinya
jangan biarkan ia rebah
hanya kerana hasutan syaitan 


Aku menyayanginya
hanya keranaMu
selamatkan dia Ya Allah
dari anasir-anasir kotor
semoga dia lebih kuat dalam menghadapi mehnahmu


Aku tidak mahu
menjadi punca kepada lemahnya seorang imam
aku tidak mahu menjadi bahan fitnah
yang merosakkan imannya
perkara yang sering dibimbangi oleh Rasulullah
fitnah wanita buat lelaki
dia insan yang soleh
kutahu malah Engkau Lagi Mengetahui akan itu


Jagalah dia untukku
jika benar dia untukku
Jagalah juga dia
walau dia bukan untukku
semoga dia terus kuat
dalam meniti mehnah dan tribulasi
yang sering menggoncang iman
manusia yang sering terlupa


Ampunkan diriku Ya Allah
jika kehadiranku didunia ini
telah menggugat insan lain
jauhi aku dari sebarang fitnah
dalam sedang ku  menghirup nafas
juga setelah tiadanya nafas buatku lagi
ighfirli Ya Allah...







*astaghfirullahal'azim...
*Ya Allah kuniakan kekuatan sepanjang perjalanan ini...



~tuan-1.50 pagi,16/7/11~

Thursday, July 14, 2011

Menghilang??...

Assalamualaikum..






Lama menyepi..Maafkan tuan punye blog..bukan menghilang cuma berehat dari dunia penulisan buat seketika..Walaupun banyak kali memulakan tinta namun tidak diteruskan hingga akhir dan di'publish'kan disini..huhu




kini, sedang menyibukkan diri untuk ambik lesen. Orang lain dah boleh bawak kete dah,kita baru nak ambik lesen..huhu..nak cari tempat tuk ambik lesen pun dah mengambil masa 3 jam...fuuh..lame tu..lepas ditimbang-timbang balik, akhirnya guna ejen saje..murah pun murah..alhamdulillah..paling best, kami makan buah langsat ramai-ramai..sesat cari institut memandu..huk3..berkat kesabaran akhirnya jumpa jgk...




Itu semua pengalaman, siap tanya mak cik pak cik tepi jalan. Mak cik Pak cik ni plak tau2 je kami cikgu..bijak betulla dorang ni..hehe...keluar dr pintu kete je,terus dorang tanye 'ye,ade ape cikgu'..pening duk tengok2 cikgu sekolah mana yang disebutnya..rupanya kami...hihihi..ade muka cikgu kah?...atau tertulis perkataan CIKGU atas dahi kami?..mungkinkah??..hohoho..jd pengjrn bg bakal2 guru atau memg dah bergelr guru,jgn nk tipu ek..sekilas ikan di air da tau keje ape..hehehe..




Sekarang,blog dah berwajah baru..mungkinkah ini bermakna bosan dengan wajah blog lama?..yaa,mungkin...kalau da selalu tengok boring jgak kan..sesekali guna design baru best jgak..semangat nk bukak tengok..(bukk je..hii..)..rumate la yg semgt nk tolong..kite pon ape lg,da org nk tolong,silakanlah..hehe.mekaseh rumate ku...huhuhu...




alkisahnye, bila dah tukar situ,tukar sini last2 sume follower ngan blog list hilang!!...hohoo..check2 ape yg jd, upenye blog wat hal...blog pon boleh wat hal ek?..ingat fb je..huhu...benda takkan kekal sehat selamanya...^__^




papepun, ni post yg mungkin kurg memberi peringatan..sekdr utk melepskn lelah..santaikan minda..mulakan hari dengan basmalah...akhirinya dgn alhamdulillah..












*hidang mknn mlm ni..
*majlis ilmu lg...^__^..alhamdulillah...

Popular Posts