Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Saturday, January 29, 2011

Dia berbunyi lagi....

Sedang asyik menelaah 'muka buku' dan blog, tiba-tiba bunyi itu merenggut segala suasana yang nyaman dek hembusan angin yang bertiup lembut....menyeramkan betulla..jangan sampai naik ke atas sudah...hish..

ku intainya dari jendela bilik arah mana datangnya suara itu..dan..Ya Allah besarnya..ada dua semuanya satu warna "peach" dan satu lagi hitam pekat....

hohoho....agak menggerunkan..nasib baik ku di atas 'mereka' di bawah..kalo depn mata xtau nk kata apa..baca surah yasin ayat ke 9 la jwbnya byk2...

nama special bg mereka ialah CIK ANN....

hoho..sungguh istimewa...yg menjadi persoalannya mengapa mereka masih dibiarkan sahaja dlm mktb ni...memang benar mereka berhak berada dimana-mana kerana mereka ciptaan Yang Maha Khaliq tapi agak membahayakan kami sebagai penuntut disini dan juga ciptaanNya yang lain...bukankah 'mencegah itu lebih baik dari merawat..??

pernah satu ketika sahabat-sahabat saya menyaksikan 'mereka' berperang mengejar ciptaanNya yang hanya satu dari kumpulan harimau...harimau kecil..amatlah kasihan dan menakutkan apabila mereka bermain kejar-kejar dihadapan sahabat-sahabat saya...0ooohh...

saya juga pernah terserempak dengan kawan mereka ketika berjalan keseorangn ke kelas.kusangkakan kambing..so relax la jalan padahal dah ada kt tepi..bila ingat balik mana ada kambing dalam maktab ni..sahkan kambing ayam itik pun tak nampak ekornya...lepas tu terus jantung berdegup kuat bagaikan orang berlari pecut 100 meter lagaknya...hohoho...berdoalah saya mengaharapkan perlindunganNya...nasib baik 'die' tak buat apa2..orang sekeliling hanya mampu tengok sebab mereka pon kaget..takuutt....!!

buat pengetahuan semua CIK ANN adlh ANJING!!!!..

tkoot..fobia..trauma.. :p

Friday, January 28, 2011

Jawapan, Jawapan!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, syukran Ya Allah masih memberi kesempatan padaku menikmati hidup ini..Buat pengunjung blog saya, bertemu kembali dalam entry kali ini yg bertajuk Jawapan, jawapan!!..Haa agaknya apa sebenarnya yang ingin disebut oleh saya dlm entry kali ni??..

Masihkah anda ingt pd post saya yg bertajuk Tugasan, Tugasan!! beberapa hari yg lepas??...bagi yg xsempt lihat dibawah ni sya cut n pastekn soalannye...

  1. Apakah kubur yang berjalan bersama penghuninya??..
  2. Apakah makhluk yang dapat mengingatkan bangsanya, tetapi bukan dalam kalangan jin atau manusia??
  3. Apakah lima makhluk yang berjalan dimuka bumi ini, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya??

Haa..jd macammne semua dah cari jawapannye ke belum??..Harap2 ada lah yg cari w/pun xdpt jawapannya tp xpe..kita belajar bukn sekdr melalui institusi2 pendidikan tetapi juga melalui persekitaran dan teknologi kita..=)

saya pun xnak  panjang-panjangkan, jadi saya teruskan sahaja kepada jawapan bagi soalan pertama :

1. Apakah kubur yang berjalan bersama penghuninya??

     " Kubur tersebut ialah ikan yang menelan Nabi Yunus sehingga baginda mengelilingi tujuh lautan "

2. Apakah makhluk yang dapt mengingatkan bangsanya, tetapi bukan dalam kalangan jin atau manusia??

     " Semut dalam kisah Nabi sulaiman. Semut tersebut bersuara : ' Wahai para semut! Masuklah ke dalam sarang anda semua agar tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman dalam keadaan mereka tidak sedar '. "



3. Apakah lima makhluk yang berjalan di muka bumi ini, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya??

     " Lima makhluk tersebut ialah ; Nabi Adam, isterinya Siti Hawa, unta Nabi Saleh, kambing nabi Ibrahim yang digantikan oleh Allahtatkala keazamannya untuk mengorbankan Nabi Ismail dan......"

Hehehe..satu lagi makhluk ape ye saudara/saudari sekalian??...hemm...

     "dan ular yang menjelma dari tongkat Nabi Musa.."


Haa dah dapat jawapnnya kan...cuba check sama tak dgn jawpan saudara saudari semua...kalau betul alhamdulillah kalau xbetul pun alhamdulillah kerana dapat ilmu baru..kan3..





Ahsanta / ahsanti saya ucapkan buat semua...
Semoga usaha kecil ini mendapat keberkatan dr Ilahi...semoga kita terus berusaha menjadi hambanya yang terbaik dengan sentiasa mengambil ibrah dr setiap yang berlaku..


*malam ni akan mula hidup keseorangan tanpa rakan sekelas disisi krn semua akan pulang ke kg..semoga selamat perjalanannya..=D
*sayang anda semua..<3

Episod rindu....=)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sume org sibuk nk kemas barang...semestinya untuk balik kekampung sempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina..hemm..dimaklumkan disini bahawa saya tak pulang ye..huhu..=(
org tanya xsedeh ke xblik....waaa..sape xsedeh p acting cool la..biasa la kn 6ti kita akan berpisah jugak"suatu hari nanti'..dan pastinya xkn ketemu lg sehingga saat diperhitungkan amaln nanti...





agk sedih bila xdpt jumpa my cute niece..da boleh jalan da basirah ni...kngah kata buleh la jale godek2..skali jale bedebuk jatuh..haha..mulo2 meme gitu de pandai gak xde hambat la....hohoho..




sedeyh je..nape tu..nape la adeq terlopong sgt tu..haha..


rindunye kt org dlm umah...hoho




inilah mahligai 283....


rindu jugak kt..qhalifa n the gang wt lain...hohoho...



ni acting je lebeyh ni..haha tersenyum simpul...rindunya sama kamoo!!


kwn2 di iptho pun akan meninggalkan daku..waaa..




ni dia sahabat2 di iptho..jejaka dua org je...uhuhu..nk buat cmne..
ape2 pun insyaAllah kami jd pendidik berjaya..

apa2 pun saya,himmatulinsan dengan ini mengucapkan,

SELAMAT PULANG KEPADA SEMUA SEMOGA PERJALANAN ANDA SEMUA PENUH DENGAN KEBERKATAN ALLAH S.W.T..JANGAN LUPAKAN SAYA DISINI.....=)

tinggallah saya di bumi iptho ni..nk g jalan mane ye cuti ni???..hemmm...;-)

Monday, January 24, 2011

Tugasan,Tugasan!!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...







Tanda soal yang membawa banyak persoalan yang perlu dipersoalkan..huhu..


Post kali ini sebenarnya berkaitan dengan soalan yang telah diajukan oleh Nuh Ha Mim, seorang muslim Amerika : penterjemah buku Islam. (disunting daripada cerpen karya Dr.Faisal Tehrani bertajuk cinta Medeni.)

CINTA MEDENI adalah kisah seorang siswa dan seorang siswi yang bekerjasama dalam menyelidik Nuh Ha Mim. Soalan Nuh Ha mim diajukan oleh siswi ; Zanjabila kepada siswa ; Medeni di saat medeni melamarnya. Jika jawapan yang diberi tepat untuk setiap soalan maka lamarannya diterima...

 ~ Hemm..best jugak kan kalo buat mcm tu JIKA ada yang buat lamaran nanti..hik3.... ;-)..~

Antara soalan-soalan yang ditanya..bukan sebarang soalan tapi fakta..cuba anda jawab ye..mana tau boleh la buat umpan tuk sape2 yg nk dtg melamar tu..huhu..


  1. Apakah kubur yang berjalan bersama penghuninya??..
  2. Apakah makhluk yang dapat mengingatkan bangsanya, tetapi bukan dalam kalangan jin atau manusia??
  3. Apakah lima makhluk yang berjalan dimuka bumi ini, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya??



Haa..agaknya boleh jawab ke tak kita jika ditanya soalan sebegini...hemm..ok saya tinggalkan anda dengan tugasan ini ye..silalah cari jawapan bagi persoalan diatas..nanti tiba masanya saya akan bagitau jawapan dye....heee..tunggu....(^_^)

*jangan lupa buat research....=)
jumpa lg dlm entry akan dtg...ilalliqo'...

Saturday, January 22, 2011

Suatu ketika Dahulu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Terimbau kembali ketika diri asyik mencari ilmu di sebuah sekolah yang amat menitik berat nilai agama, ukhuwah dan personaliti diri sebagai muslim sejati.
Ikhwah dan akhawatnya memang 'menjaga' terutama dari segi hati mereka dengan sentiasa menundukkan pandangan..memang benar itu adalah salah satu daripada suruhan Allah yang memerintahkan rijal wa nisa' supaya tundukkan pandangan serta menjaga kemaluan mereka bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..



terbit rasa kagum dengan keperibadian yang dijaga walau dalam kawasan sekolah yang sememangnya tempat untuk menimba ilmu bukan sahaja memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi sesama jantina malah sebaliknya..jika ada perkara yang perlu dibincangkan seperti program yang ingin dilaksanakan akan menggunakan 'tabir' tanpa perlu memandang antara satu sama lain..sudah pasti bagi mereka yang tidak dapat memahami apa kesan tersirat daripada penggunaan 'tabir' itu akan mengatakan bahawa '"kenapa mesti ada tabir..adakah islam terlalu ketat pemikirannya sehingga tiada sedikit kebebasan dalam pergaulan??"..nauzubillah..jangan kita tergolong dalam kalangan mereka..sesungguhnya setiap yang berlaku ada sebab musababnya..


dalam gembira menikmati ukhwah yang dibina serta tarbiyah dan bi'ah islam berita itu datang merenggut segala perasaan..Sesungguhnya Allah S.W.T berhak mencampak hambaNya kemana sahaja di muka bumi ini semata-mata ingin menguji dirinya..mungkin juga supaya diri dapat meneruskan bakti kepada hambaNya yang lain setelah mantap ukhwah di sana.


Hari-hari yang dilalui amat memeritkan pada mulanya..berkali diri menangis berteleku atas tikar sejadah mohon diberi kekuatan, dimantapkan iman mengharungi dunia luar yang penuh ranjau dan duri..berbagai kemungkinan menjalar dalam diri apa yang akan berlaku pada diri setelah 5 atau 10 tahun akan datang..adakah masih seperti dulu atau mungkin jauh berubah..sedikit demi sedikit tahap kebimbangan meningkat dan terus meningkat..

'Jangan biarkan suasana merubah kita, biar kita yang merubah suasana'
'jadilah ikan dilautan,tetap tawar walau air laut tersangat masin'

Itulah diantara nasihat yang kuterima daripada sahabat-sahabat juga guru-guru yang   bersamaku seketika dulu. Geledahlah ilmunya dengan penuh sopan dan santun dalam apa jua keadaan bersumberkan bahan yang pelbagai..antaranya..
     buku: solusi. agama.majalah i dan sebagainya
     internet:iluvislam.mymaktabaty.blog2 islam.dll
     lisan:guru2 di masjid juga ditempt belajar..rakan2 yang boleh mengingatkan..
     jemaah,jika sendiri mudah lemah kerana syaitan
     radio2 dan juga televisyen..
     paling penting mata..bukan mata tetapi sebenarnya ialah MATA HATI..melihat betapa
     indahnya pengajaran dan ilmu yang diberi Sang Khaliq melalui alam ini..


dari itu diri merasa makin kuat..menikmati hari-hari mendatang dalam suasana baru tanpa melupakanNya seperti mana disana ketika dulu..

' Wahai hati..
Bila engkau memandang segalanya dari Allah..
yang mencepatkan segalanya..
Yang menimpakan ujian..
yang menyebabkan sakitnya hatimu..
Membuatkan keinginanmu terhalang..
Pastinya Damailah hatimu..
kerana masakan Allah S.W.T sengaja..
mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia..
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..
Pecahnya hatimu..
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu..
kerana Dia tahu..
hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah..
untuk DEKAT DENGANNYA...' 




 Rindui Allah juga Rasulullah...(^_^)..


Selalu update antivirus hati agar tidak dicerobohi virus kecil mahupun virus besar seperti TROJAN..
*buat temanku..sentiasa dekat denganNya..sesungguhnya Dia amat menyayangimu kerana itu diberi kemaslahatan padamu hanya mahu melihat setakat mana iman, tabah dan sabarnya kamu mengharungi ujian kecilNya...(^_^)
*ku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu shabatku..ukhwah fillah abadan abada...

Tuesday, January 11, 2011

Toyyib..jayyid..tahniah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah syukran jazilan Ya Allah diberi kesempatan menyertai program hari ni yang sarat dengan ilmu.
Program Perbandingan Agama oleh Tn Hj Mohd Tawil b. Hj Sakir, seorang pesara guru yang telah berjaya mengislamkan beratus orang kristian di Malaysia terutamanya di Sabah Sarawak
Penerangan yang cukup mudah untuk kita berdakwah dan mengajak orang bukan islam untuk 'revert' yakni kembali kepada agama asalnya : Islam. Selautan rasa bangga buat Tn Haji..kerana berjaya membawa mereka kembali kepada islam.Bukan senang nak bawa mereka..kalau sorang da rasa sgt2 gembira inikan pula beratus.Betapa Allah Maha Berkuasa memilih perantaraNya untuk membawa kembali makhluknya ke jalan yang benar secara bijaksana..
Memang benar terkadang terbit rasa kasihan pada golongan bukan Islam kerana mereka tahu adanya Allah namun mereka silap kerana menyekutukanNya..Walhal dalam Al-Kittab tersebut jelas tuhannya Allah dan bukannya Isa mahupun yang lain.
Kata Tn Hj kita nak dakwah orang bukan Islam ada 2 cara iaitu bilhal (kita amal Islam, dia tengok dan ikut) dan dengan cara berdialog. Katanya sebaik-baik cara adalah dengan bilhal. Memang benar katanya tambahan pula pada yang menuntut ilmu bersama bukan Islam..Kesempatan ini perlu diambil untuk mengajaknya kearah Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. 
Namun apa yang dapat kita lihat orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan Islam dan ada dalam kalangan muallaf yang mengatakan bahawa mereka kembali pada Islam bukan kerana melihat akhlak umat Islam tetapi kerana hidayah itu datang dengan sendirinya daripada Allah S.W.T. Kita boleh  lihat sendiri akhlak umat islam sekarang..Bagaimana kita mahu menerangkan pada muallaf untuk memakai tudung sedangkan umat Islam sendiri yang tidak melaksanakan tuntutan agama itu..Penghayatan dan amal pada ajaran islam itu penting sebenarnya bukan sahaja sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah, Rasulullah, diri dan keluarga bahkan masyarakat amnya.
Seperti yang kita ketahui ramai umat islam masuk kristian terutamanya bagi pelajar islam di IPT.PIihak kristian melakukan berbagai cara untuk menarik umat Islam keluar dari agama Islam dan menganut agamanya. Sebagai contoh, mereka akan memberikan sumbangan kepada keluarga Islam yang miskin dan bermasalah melalui cara mereka yang mungkin akan menerbitkan rasa bangga umat islam pada agamanya. selain itu belia lelaki diaar untuk menggoda belia perempuan dan sebaliknya. Ada juga yang mengedarkan risalah2 mengenai agama mereka ke bilik2 pelajar islam di IPT..Pelbagai usaha mereka lakukan semata-mata untuk menarik umat islam kepada agama mereka.
Dalam seminar ini juga, saya dapat mengetahui asal Holy Water. Kata Tn Haji air Holy Water adalah air yang dibuat ditengah-tengah gereja. First diambil tempayan besar dan diletakkan ditengah gereja. second, diletakkan air paip dan miyak zaitun..Kemudian dibacakan bacaan dalam agama mereka.
Kita juga dikejutkan dengan air yang dikatakan jika kita minum akan menyebabkan tidak dapat menyebut kalimah syahadah suatu ketika dulu. Kata Tn haji air itu sebenarnya air sihir yang berasal daripada anjing hitam yang direbus dalam kawah. kemudian dibacakan mantera dan disihir serta ditapis menjadi air suling.sungguh dahsyat..nauzubillah Ya Allah jauhilah kami daripada perkara yang boleh menjatuhkan iman kami padaMu.

ok..got to go..ziarah sahabat sakit..doakan semoga kita semua diberi kesihatan dan juga kemantapan iman dan kefahaman mengenai agama suci ini..AGAMA ISLAM...
'ISLAM IS THE BEST OF BLESSING'

Sunday, January 9, 2011

Renungi selalu...

Dingin petang menyelimuti diri
terkenang kembali episod luka
semuanya bagai melambai
mengingatkan kembali
sejarah lama

apakah ia akan berulang
kerana 
walau kemana diri berjalan
memoir itu
pasti mengiringi setiap langkah
walau kubuka luas 
terasa seperti 1 meter derap yang mengiringi
ke timur ke barat
ia tetap setia disisi

Ya Allah 
Engkau Yang Maha Berkuasa
Engkau Yang Maha Mendengar
Engkau Yang Maha Mengetahui
Enkau Yang Maha Bijaksana
Engkaulah segala-galanya

Bimbinglah daku Ya Allah
Iringi setiap langkahku menujuMu
Jangan biarkan aku
menyimpang 
memilih
menghampiri
serta menikmati
persinggahan yang penuh tipu daya
kerana manisnya
cuma sementara

Ku tahu jalan menujuMu itu lurus
namun kubimbangi
dipertengahan jalan itu
ada mani'
dari seringan-ringan zarah
hinggalah seberat-berat amanah
yang melemahkan imanku
menjatuhkan azamku
untuk menyusuri menuju jalanMu

sesungguhnya aku malu
aku hamba yang sentiasa meminta
mahukan kesenangan
mahukan ketenangan
hingga terkadang aku lupa
mengucapkan hamdalah padaMu

ampunkan aku Ya Allah
terkadang ucapku
tidak mengiringi tingkahku
kataku punya takabbur
lakuku tidak berlandaskan syariat

Engkau Maha Menerima Taubat
terimalah taubatku Ya Allah
limpahkan nur sinaranMu Ya Allah
agar diri tidak hanyut
tidak leka
dalam arus bergelora

*Alhamdulillah..Thank You Allah atas semua nikmat yang diberi..
*Ingatlah wahai diri..

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru..Program Baru...

Assalamualaikum..
Dah masuk 4 hari tahun baru masihi 2011..tahun baru..hemm..jiwa baru??...ya jiwa perlu sentiasa diperbaharui bukn setakat bila menjelang taun baru..tapi apa azam taun ni??...himmah..himmah...fikir,fikir dan teruskan berfikir..
Sesi pembelajaran dah bermula dengan episod baru iaitu drpd Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) kpd Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)..Alhamdulillah akhirnya berjaya melepasi pointer dan lulus semua subjek dan seterusnya layak untuk mengikuti kursus PISMP..syukur Ya Allah..Terima kasih..
Orientasi hanya satu hari..semua diberitahu dlm masa yg singkat dan mikro cip memg sgt2 penuh krn semua perlu dimuatkan serta merta..nasib baik xmeletup..tahap merah dah..pelbagai input baru yg bakal diteroka mulai sem ni smpailah akhir sem...
Banyak perkara yg perlu dibimbangkan sbb lepas ni xboleh main2 ddah..kena hayati betul2 pelajrn kali ni..hemm perlukn ketahann mental, fizikal, rohani dan jgk komunikasi...bila fikir2 takutnye..tp ku kta kalau takut xpyh dtg mktb la duk umh je...erk..xpe la cuba sbb memg sume tmpt pun ada cbrnnya..belum kena g xbleh tkut..smsa kena pun xbleh tkut...leps kena memg da xtkut la..biarkan rama2 terbang ke tempt lain..huhu..insyaAllah boleh diatasi...
Da nk jd cg sgt..murnikn niat..itu penting..bila niat dah dmurnikn dgn tmbhn air hikmah insyaAllah dipermudahkn sgla kerja..ameen..

Hemm skdr nk "cora" blog ni..nmpk mcm labah2 nk buat sarang..^_^
Semoga dipermudahkn segalanya..ameen..

Popular Posts