Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Saturday, January 22, 2011

Suatu ketika Dahulu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Terimbau kembali ketika diri asyik mencari ilmu di sebuah sekolah yang amat menitik berat nilai agama, ukhuwah dan personaliti diri sebagai muslim sejati.
Ikhwah dan akhawatnya memang 'menjaga' terutama dari segi hati mereka dengan sentiasa menundukkan pandangan..memang benar itu adalah salah satu daripada suruhan Allah yang memerintahkan rijal wa nisa' supaya tundukkan pandangan serta menjaga kemaluan mereka bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku..



terbit rasa kagum dengan keperibadian yang dijaga walau dalam kawasan sekolah yang sememangnya tempat untuk menimba ilmu bukan sahaja memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi sesama jantina malah sebaliknya..jika ada perkara yang perlu dibincangkan seperti program yang ingin dilaksanakan akan menggunakan 'tabir' tanpa perlu memandang antara satu sama lain..sudah pasti bagi mereka yang tidak dapat memahami apa kesan tersirat daripada penggunaan 'tabir' itu akan mengatakan bahawa '"kenapa mesti ada tabir..adakah islam terlalu ketat pemikirannya sehingga tiada sedikit kebebasan dalam pergaulan??"..nauzubillah..jangan kita tergolong dalam kalangan mereka..sesungguhnya setiap yang berlaku ada sebab musababnya..


dalam gembira menikmati ukhwah yang dibina serta tarbiyah dan bi'ah islam berita itu datang merenggut segala perasaan..Sesungguhnya Allah S.W.T berhak mencampak hambaNya kemana sahaja di muka bumi ini semata-mata ingin menguji dirinya..mungkin juga supaya diri dapat meneruskan bakti kepada hambaNya yang lain setelah mantap ukhwah di sana.


Hari-hari yang dilalui amat memeritkan pada mulanya..berkali diri menangis berteleku atas tikar sejadah mohon diberi kekuatan, dimantapkan iman mengharungi dunia luar yang penuh ranjau dan duri..berbagai kemungkinan menjalar dalam diri apa yang akan berlaku pada diri setelah 5 atau 10 tahun akan datang..adakah masih seperti dulu atau mungkin jauh berubah..sedikit demi sedikit tahap kebimbangan meningkat dan terus meningkat..

'Jangan biarkan suasana merubah kita, biar kita yang merubah suasana'
'jadilah ikan dilautan,tetap tawar walau air laut tersangat masin'

Itulah diantara nasihat yang kuterima daripada sahabat-sahabat juga guru-guru yang   bersamaku seketika dulu. Geledahlah ilmunya dengan penuh sopan dan santun dalam apa jua keadaan bersumberkan bahan yang pelbagai..antaranya..
     buku: solusi. agama.majalah i dan sebagainya
     internet:iluvislam.mymaktabaty.blog2 islam.dll
     lisan:guru2 di masjid juga ditempt belajar..rakan2 yang boleh mengingatkan..
     jemaah,jika sendiri mudah lemah kerana syaitan
     radio2 dan juga televisyen..
     paling penting mata..bukan mata tetapi sebenarnya ialah MATA HATI..melihat betapa
     indahnya pengajaran dan ilmu yang diberi Sang Khaliq melalui alam ini..


dari itu diri merasa makin kuat..menikmati hari-hari mendatang dalam suasana baru tanpa melupakanNya seperti mana disana ketika dulu..

' Wahai hati..
Bila engkau memandang segalanya dari Allah..
yang mencepatkan segalanya..
Yang menimpakan ujian..
yang menyebabkan sakitnya hatimu..
Membuatkan keinginanmu terhalang..
Pastinya Damailah hatimu..
kerana masakan Allah S.W.T sengaja..
mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia..
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..
Pecahnya hatimu..
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu..
kerana Dia tahu..
hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah..
untuk DEKAT DENGANNYA...' 




 Rindui Allah juga Rasulullah...(^_^)..


Selalu update antivirus hati agar tidak dicerobohi virus kecil mahupun virus besar seperti TROJAN..
*buat temanku..sentiasa dekat denganNya..sesungguhnya Dia amat menyayangimu kerana itu diberi kemaslahatan padamu hanya mahu melihat setakat mana iman, tabah dan sabarnya kamu mengharungi ujian kecilNya...(^_^)
*ku akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu shabatku..ukhwah fillah abadan abada...

No comments:

Post a Comment

Popular Posts