Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....
There was an error in this gadget

Monday, January 16, 2012

Amanat baru..

Assalamualaikum w.b.t..(jawab salam tu..=) )

Tak lama lagi Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) peringkat IPTHO akan diadakan. Seperti biasa perjumpaan rumah sukan akan diadakan untuk memilih jawatan tertinggi bagi tahun ini. Dan sekali lagi ditakdirkan untuk bersama rumah biru(bayan) setelah 2 tahun bersama. Masihkah diri setia??..hehe

Alhamdulillah tahun lepas dapat sumbangkan 2 pingat untuk rumah bayan menerusi acara rentas desa dan juga 800 meter. Sesuatu yang sangat tidak dijangkakan. Alhamdulillah rezeki Allah yang Maha Pemurah bila diri ingin merasa diri dipanggil dipadang seperti post yang sebelum ini.Allah sungguh Allah sangat mengasihi hambanya.

Disebabkan sumbangan itu juga, terasa diri menjadi ayam tambatan untuk tahun ini oleh pelbagai pihak.  Ramai yang meminta agar diri menyumbangkan sedikit mata untuk rumah bayan tahun ini. Namun, entah mengapa tahun ini terasa tiada semangat untuk menyumbang kepada rumah sukan  ini.

Kadang, rasa takut kerana semua terlalu bergantung harap (mungkin perasaan saya sahaja). Bimbang juga riyak menguasai diri bila orang puji untuk naikkan semangat. Natijahnya hilang rasa kesyukuran dan fikiran bahawasanya Allah yang banyak membantu. Sungguh tahun ini terasa berat ingin menyertai apa-apa acara. Bukan sekarang baru fikirkan tetapi semenjak cuti akhir tahun lepas. Tak risaukan result dan pointer tetapi risaukan penglibatan dalam KOT.

Mungkin tahun ini boleh skip rentas desa dan acara padang sebab pagi tadi nama telah dicalonkan sebagai bendahari rumah sukan!..Teramatlah terkejut dan mencari-cari sape yg bagitau nama..ish3..(dah tau pun)..xpe2 xmarah pun..ada hikmah la tu..^_^

Kalau dah nama bendahari, faham-faham jela bersedia fizikal dan mental menghadapi ahli yang susah nak bagi yuran..Ya Allah permudahkanlah..bila yuran tak semua bayar bajet makanan dan hiasan maskot dan rumah terjejas..tak mahu kes-kes terdahulu terjadi iaitu bila duit xcukup ramai xpuas hati dengan makanan yang disediakan..tak sdapla,tak padan dgn yang bayar la..siapa yang kena?..bendahari jugak.. Masalahnya ramai xbayar tp nak makanan..macamne tu? Allahuakbar..permudahkanlah pekerjaan kami..


Lama dalam kelas baru teringat yang saya juga bendahari bagi Pergerakan puteri islam..memang muka bendahari la..kemungkinan xterlibat acara sebab nak uruskan banyak perkara nanti..tapi kawan2 galakkan ambil acara..ooh mana satu ni??...takut tak mampu nanti...sungguh rasa xlarat akhir-akhir ni,cepat mengah..(fed up ke?)..

Ya Allah permudahkanlah urusan kami,sesungguhnya tiada kemudahan yg kcil melainkan Engkau permudahkannya..Lembutkanlah hati mereka..jentiklah sifat kematangan dalam diri mereka,suburkan semangat dalam jiwa mereka amin..



BAYAN GO,BAYAN GO,BAYAN GO GO GO! ^_^

Monday, January 9, 2012

-Ragam di asrama-

Assalamualaikum..(jawab salam tu dulu,wajib.^_^)

Hampir seminggu bekalan air di asrama berkurangan. Sekejap ada,sekejap tak ada,sekejap ada,sekejap tak ada..dah macam chipsmore dah. Kalau dah tak ada air, memang kalut.Bising dengan bunyi derapan selipar berlari-lari mencari air.

Pemandangan yang tak boleh lupa bila satu hari semua blok tak ada air. Satu pili je yang keluar. semua beratur dengan baldi yang pelbagai saiz dan warna menanti giliran. Macam zaman-zaman dulu. Ada yang pergi mandi kat blok kuliah dengan segala bagai peralatan dibawa. Sesekali seronok jugak tengok suasana macamni tapi xsempat pulak nak ambil gambar orang beratur. Kalut punya pasal dan teruja cari air kan..hehehe..

Air.air..memang satu keperluan dalam kehidupan seharian. Bagi yang tak biasa, lagi kesian muka dah berkerut-kerut memikirkan cara dapatkan air. Dugaan hidup. Kadang-kadang bila jadi macamni baru rasa nak bersyukur. Sebelum ni sukahati je membazir guna air banyak-banyak.

Teringat kat kampung, asal akhir tahun je air takde,api xde..*api elektrik ye bukan api untuk bakar sampah tu.*padahal selalu hujan dan banjir sebab angin monsun timur laut masa tu. Hemm mungkin paip bukit pecah..akhirnya satukeluarga dengan kawan-kawan pergi mandi kat kolam.Tempat air bukit turun. teramatlah ssejjuk! Jadi mandi sikit-sikit pun xpe. Tapi bila dah nama budak-budak memang lama la main air..suke3!! @_@

Alhamdulillah, dah ada air sekarang. Harap tak putus pulak macam sebelum ni.Yang pasti bila dah ada air ni jimat-jimatlah ye. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Semoga penglaman ini meninggalkan 1001 memori berada di asrama. Senyum,hidupmu pasti ceria!

Saturday, January 7, 2012

~Pepatah arab~








' Peliharalah keindahan hati daripada sesuatu penyakit, kerana hati itu sukar sekali untuk memperbaikinya, kalau sekali ia telah rosak'






Jagalah hati,jangan kau kotori,
jagalah hati cahaya Ilahi

Friday, January 6, 2012

2012..apa azam baru?

Assalamualaikum w.b.t semua..kaifa halukum?apa khabar semua?..semoga sentiasa dalam kurniaan kesihatan yang baik..


Tahun masihi baru telah bermula hampir seminggu. Tuan punya blog pun sudah tiba ke selatan tanah air menyambung pengajian ke semester baru.Alhamdulillah selamat tiba di IPG walaupun lambat daripada biasa oleh kerana masalah bas.


Subjek baru untuk semester ini agak 'menyeramkan' mendebarkan. Perlu merentas laut-laut yang ada. Antaranya Hubungan etnik. Assignment paling awal, hari kedua kuliah 2012 berkaitan dengan hubungan etnik. Konflik etnik diluar negara Malaysia.Contohnya di Bosnia. Perlu pada kajian yang agak mendalam faktor yang mendorong kepada konflik berkenaan.


oh ya..apa azam baru tahun ni?apa yang nak dicapai?apa matlamat jangka panjang juga pendek?..haa jom list sama2..Dr. azizan kata kena buat azam tu dengan yakin dan istiqamah..insyaAllah akan dapat.


Alhamdulillah salah satu azam tahun lepas ingin sekali mendengar nama dipanggil di maktab samaada pentas atau padang..Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia memberi apa yang diinginkan. Walaupun tidak berjaya di pentas namun, Dia bagi peluang untuk merasa nama dipanggil di padang,cukup untuk membuat ibu dan ayah bangga dengan anaknya yang jauh dari pandangan mata.Syukur alhamdulillah.


Tahun ni?..masih perlu fikir-fikir apa matlamat dan azam untuk tahun ini. Sebenarnya bukanlah kita bertawakal setelah berusaha, akan tetapi apabila kita sudah berazam saat itu juga kita perlu bertawakal. hal ini disebut dalam Kitab Al-quran." apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah,sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal". (ali imran:159)


Semoga kita dapat meyakinkan diri kita untuk mencapai matlamat dan azam kita tahun ini. Sesungguhnya ianya bukan sesuatu yang senang kerana banyak faktor yang boleh menghalang kita daripada berusaha untuk mendapatkan keinginan termasuklah diri sendiri yang tiada keyakinan dan semangat. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Hangat diawalnya,semangat diawalnya namun akhirnya hancur,hilang bila tiada pemangkin kehangatan..na'uzubillah.


Jadi apa lagi,jom 'list'kan azam dan matlamat kita dan tampal di tempat yang mudah untuk kita lihat. Misalnya dinding dan cermin solek. Sebelum tidur tengok, tengah solek2 tengok. Eh jangan sekadar tengok dengan pandangan kosong tapi pandanglah dari pandangan kosong kepada satu,dua,tiga dan seterusnya..Takut-takut tergelincir dan terlupa akan azam tahun ni dek kerana leka dengan nikmat disekeliling kita.


InsyaAllah moga diberi kekuatan semangat mental juga fizikal dalam perjalanan meraih azam yang suci..azam yang baik-baik,jangan yang tak baik pula..niat kena betul bersesuaian dengan hadis pertama dalam Matan Arba'in, hadis 40. ingat tu..


ok himmatulinsan keluar dulu..jumpa lagi.ilalliqo', sehingga bertemu lagi..










*CNY xbalik..sape nak teman??..
*KTP,rentas desa nak join ke tahun ni??..masih dalam perkiraan..T_T



Popular Posts