Tahun masihi baru telah bermula hampir seminggu. Tuan punya blog pun sudah tiba ke selatan tanah air menyambung pengajian ke semester baru.Alhamdulillah selamat tiba di IPG walaupun lambat daripada biasa oleh kerana masalah bas.
Subjek baru untuk semester ini agak
oh ya..apa azam baru tahun ni?apa yang nak dicapai?apa matlamat jangka panjang juga pendek?..haa jom list sama2..Dr. azizan kata kena buat azam tu dengan yakin dan istiqamah..insyaAllah akan dapat.
Alhamdulillah salah satu azam tahun lepas ingin sekali mendengar nama dipanggil di maktab samaada pentas atau padang..Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dia memberi apa yang diinginkan. Walaupun tidak berjaya di pentas namun, Dia bagi peluang untuk merasa nama dipanggil di padang,cukup untuk membuat ibu dan ayah bangga dengan anaknya yang jauh dari pandangan mata.Syukur alhamdulillah.
Tahun ni?..masih perlu fikir-fikir apa matlamat dan azam untuk tahun ini. Sebenarnya bukanlah kita bertawakal setelah berusaha, akan tetapi apabila kita sudah berazam saat itu juga kita perlu bertawakal. hal ini disebut dalam Kitab Al-quran." apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah,sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal". (ali imran:159)
Semoga kita dapat meyakinkan diri kita untuk mencapai matlamat dan azam kita tahun ini. Sesungguhnya ianya bukan sesuatu yang senang kerana banyak faktor yang boleh menghalang kita daripada berusaha untuk mendapatkan keinginan termasuklah diri sendiri yang tiada keyakinan dan semangat. Hanya hangat-hangat tahi ayam. Hangat diawalnya,semangat diawalnya namun akhirnya hancur,hilang bila tiada pemangkin kehangatan..na'uzubillah.
Jadi apa lagi,jom 'list'kan azam dan matlamat kita dan tampal di tempat yang mudah untuk kita lihat. Misalnya dinding dan cermin solek. Sebelum tidur tengok, tengah solek2 tengok. Eh jangan sekadar tengok dengan pandangan kosong tapi pandanglah dari pandangan kosong kepada satu,dua,tiga dan seterusnya..Takut-takut tergelincir dan terlupa akan azam tahun ni dek kerana leka dengan nikmat disekeliling kita.
InsyaAllah moga diberi kekuatan semangat mental juga fizikal dalam perjalanan meraih azam yang suci..azam yang baik-baik,jangan yang tak baik pula..niat kena betul bersesuaian dengan hadis pertama dalam Matan Arba'in, hadis 40. ingat tu..
ok himmatulinsan keluar dulu..jumpa lagi.ilalliqo', sehingga bertemu lagi..
*CNY xbalik..sape nak teman??..
*KTP,rentas desa nak join ke tahun ni??..masih dalam perkiraan..T_T
No comments:
Post a Comment