Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Monday, June 27, 2011

kenduri+lelaki?+doktor=senyumlah

Assalamualaikum...

:::.Kenduri.:::


Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk memenuhi jemputan seorang sahabat ke majlis kenduri sambut menantu setelah pelbagai onak dan duri ditempuhi...(erk..ye ke..?).Berbekalkan kad undangan yang tertera peta akhirnya sampai juga ke destinasi..selain dapat penuhi hasrat sahabat,kami juga berkesempatan mengenal tempat2 di sekitar daerah Batu Pahat ini..

Maka bersatulah 4 hati insan-insan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka...dua pasangan disambut serentak..meriah majlisnya dalam dewan..barakallahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'a bainakuma fikhair...merasa juga nasi minyak johor..semoga tabah menempuhi alam rumah tangga..senyum kami mengiringi perjalanan pengantin yang beramah mesra dengan pengunjung yang hadir..^___^

:::.Lelaki.:::



"Saya suka tengok lelaki yang 'rock'2 masuk kedai macam ni"

Erk..itulah luahan seorang sahabat yang gembira apabila melihat lelaki yang agak 'rock' dengan rambut yang mencacak masuk ke dalam kedai buku islamik..Dilihat dirinya khusyuk meneliti buku-buku dan cd yang dijual disitu dengan iringan dendangan nasyid yang mendamaikan..

Ya benar..terasa damai..siapa kata hanya lelaki yang pakai kopiah sahaja atau yang nampak baik sahaja boleh menjejakkan kaki ke dalam kedai-kedai sedemikian?...xde sape yg kate kan..alhamdulillah semoga 'dia' dan mereka diluar sana terus terpaut pada tempat-tempat yang boleh membawa kepada sinar hidayah kepada diri mereka sendiri..Allah..bantu mereka..sinari lorong yang mereka tempuhi...

Kami tersenyum dengan hati berbunga riang keluar dari kedai buku tersebut...^__^

:::.Doktor.:::


'isy, macam kenal..'
"nurul, kenal tak orang tu?..saya rasa mcm kenal je.."
"ha'a la..saya pun rasa mcm kenal die..sape ek?..lupe la plak.."

mata saling bertentangan, terus senyum terukir..'hem..sape ye?'
masing2 terfikir2 siapa la yang pandang-memandang ni...

tiba-tiba..

"eh,kita kenal kan..awak ada masa saya houseman hari tu?"..si dia bertanya.
'Housemate?..bila plak tinggal serumah ni?'..getus Nor.
"Eh, doktor kan?"Nurul bersuara tiba-tiba.
"Oh ye, doktor..dah ingat patut la rasa macam kenal..Nurul pernah tinggal kt wad hari tu..doktor yang rawat.."Nurul menyambung.
"Ha'a betulla."doktor itu mengiakan tanda mengingati kami..mungkin..hee

ya..dialah doktor yang merawat Nurul ketika Nurul dimasukkan wad satu ketika dahulu..terimbau kembali kenangan saat berada di sana..Nor seolah-olah seperti 'nurse' ketika menjaga Nurul kerana bukan sahaja membantu Nurul,dia juga membantu nenek dan seorang makcik yang turut ditahan di wad yang sama duduk di kiri dan kanan katil Nurul..Segala bantuan yang diperlukan oleh mereka dipenuhi Nor kerana ketiadaan anak-anak 2 orang makcik yang bekerja sebelum datang kembali menemani 2 orang ibu ini..

bagaimana agaknya kesihatan mereka sekarang?..harap2 sihat walafiat..terkenang kembali saat kami nak tinggalkan wad itu, tak sanggup rasanya meninggalkan mereka yang walaupun tiada aliran air mata yang terzahir namun reaksi muka mereka sudah cukup untuk menunjukkan mereka sedih seolah-olah tidak mahu membenarkan kami pulang..Namun apakan daya kami, kuliah perlu dihadiri..sehingga kini tiada khabar berita mengenai mereka..Ya Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam menempuhi ujian ini...

berbalik kepada doktor tadi..dia seorang doktor yang kami kagumi..doktor muslimah..sangat baik..insyaAllah jika semua doktor sepertinya pasti bertambah sihat pesakit yang ada..hehe..^___^


last but not least, tersenyum riang mencari-cari dimana letaknya kereta lantaran ramainya pengunjung dihujung minggu ni...tersenyum??...hemm...haha..alhamdulillah selamat sampai ke institusi...terima kasih Ya Allah kerana telah melancarkan perjalanan kami dan menemukan kami dengan orang2 yang mampu membuatkan kami tersenyum...semoga hari-hari mendatang terus membuatkan diri tersenyum walau dalam gundah...^___^



*houseman : doktor pelatih yang bertugas di bawah pengawasan pakar..
*senyum lagi..kau tersenyum, ku tersenyum kemesraan menguntum..
*senyum, tak perlu kata apa-apa..^__~

Saturday, June 25, 2011

Maafkan aku

Assalamua'alaikum..

Maafkan aku,
Bukan niatku mengganggu hidupmu,
ketahuilah aku insan yang lemah,
lemah pada setiap godaan,

Maafkan aku,
bukan niatku untuk melukakanmu,
tapi ku ingin kau menyedari
apa yang dilakukan itu salah
Dia tak sukakannya
Makhluk lain juga tak sukakannya

Maafkan aku,
kerna aku lebih takutkan azabNya
dari nikmat dunia

Maafkan aku
Aku tidak ingin dirimu lemah,
hanya kerana wanita
hanya kerana tuntutan nafsu semata,

Maafkan aku,
aku tidak mahu menjadi punca
jatuhnya seorang imam,
yang amat bernilai harganya

Ketahuilah,
Sesungguhnya dirimu sedang diuji,
Sedarilah,
Musuh itu sedang ketawa,
Melihat jatuhnya seorang imam

Allah,
ampuni kami,
jauhi kami dari segala fitnah
yang mampu memusnahkan jiwa kami

:::::::.......:::::::::

Friday, June 24, 2011

Bonds of Love..

Why are you so sad
And why is it so bad
When some one leaves you behind

Won't you ever know
Don't you realize
It's just a part of life
When you fall in love
With some one some time
It's smile with a broken heart

Oh falling in love
With Allah....

The bonds of love survive
No mountain too high when there's way
Come to Allah you'll never fail
The truth's so close it shall prevail

Allah, we belong to You
And everything we do
We do it all for You
Allah, always by our side
Guiding us to the light
Everything shines bright
No matter day or night



.::Raihan::.

Saya cemburu!!

Assalamu'alaikum..

Saya cemburu,
ya saya cemburu
cemburu dengan mereka
yang dapat merasakan cinta
cinta hakiki
cinta yang berbalas
cinta yang murni
yang tiada terselit noda
cinta suci yang mekar mewangi
cinta yang perlu dicari
cinta Ilahi

anugerah yang diberi
hasil dari cinta kepadanya
tenang dan bahagia yang belum pernah dirasai sebelum ini
hanya cinta padaNya
cinta yang pasti tidak akan
menimbulkan sebarang masalah kepada rohani mahupun jasmani
hanya cinta itu yang tidak menyakitkan
tidak membahayakan

tambahan apabila semua yang dikerjakan hanya kerana cinta kepadanya
mengapa masih mengharapkan cinta yang tidak halal
sedangkan cinta yang halal begitu luas dan sedang menanti

bila cinta padaNya
hati tak sakit
jiwa tak merana
dengki tiada
hasad menghilang
bahagia dan tenang mula mendatang

Marilah mencari cinta Ilahi
cinta yang diredhai
cinta segala cinta
cinta pada Sang Pencipta

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Lirik lagu Cintailah Ilahi daripada In-Team..
Sama-sama hayati liriknya

Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia, kan tetap setia

Setelah kau serah jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidak, kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu, kan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia, kan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

Senilagu : Bakafro (Raihan Creative) Senikata : Bakafro (Raihan Creative)

Monday, June 20, 2011

Sempatkah..??

Wajah mereka ditatap dengan penuh kasih dan sayang,
Walau tiada pada zahir, batinnya hanya Dia yang tahu,
Wajah yang telah banyak bersusah-payah,
Untuk 10 amanah yang diperintahkan oleh Yang Berkuasa,
Terlepas sudah 3, masih ada 7 amanah,
Namun yang terlepas itu masih ada yang tidak selesai,
Kasihan mereka,

Segala impian yang diperlukan oleh amanah-amanah itu dipenuhi,
Agar amanah-amanah itu tidak berlalu pergi atau bertukar ganti,
Sudah lama wajah-wajah itu membanting tulang,
Untuk amanah-amanah itu,
Bimbang bila apa yang diinginkan oleh amanah tidak kesampaian,
Bimbang akan keadaan amanah-amanah itu bila berjauhan..

Satu dari amanah itu mula berfikir,
Masih adakah kudrat wajah-wajah itu..
Masih adakah umur untuk mereka sehingga dapat mereka selesaikan amanah-amanah itu?
Sempatkah mereka selesaikan amanah sehingga amanah yang kesepuluh?
Bagaimana pula amanah untuk mereka daripada amanah-amanah itu?
Masih adakah sisa hidup bagi mereka?
Sempatkah mereka merasa ganjaran dari amanah-amanah itu?
Paling penting sempatkah amanah yang satu itu membawa mereka ke Tanah Suci?
Masih adakah masa untuk amanah itu?
Masih adakah usia yang ingin diberi oleh Dia?

Allah..
Jika usia mereka sudah melewati separuh abad,
Namun masih menanggung amanah-amanah itu.
Bagaimana mereka ingin menghadapMu,
Ingin sekali membawa mereka ke sana,
Namun, mana mungkin dengan usia yang masih muda,
Belum lagi menyentuh ganjaran dari jerit perih sendiri,

Lama lagi,
Sempatkah membawa mereka ke sana?
Persoalan yang sering melayang-layang,
Terbang difikiran..

Popular Posts