Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Wednesday, November 30, 2011

Hijrah dan Masihi baru..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini 1 Disember 2011..bermakna tinggal 1 bulan sahaja lagi sebelum menjengah ke tahun masihi yang baru..Apapun rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H. Semoga keazaman (himmah) baru bagi tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas.

Sebelum itu, cuba kita 'check' balik apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini..apakah banyak yang baik atau yang buruk?..Jom koreksi diri..

sebenarnya, taktau nak tulis apa..out dulu..perlukan ketenangan untuk menulis,, sekarang di CC..bosan disini..huhu..^_^

rasanya kita akan ketemu lagi dalam post yang akan datang dengan tahun masihi yang baru..insyaAllah panjang umur murah rezeki ketemu lagi..terima kasih buat pembaca blog himmatulinsan ini..nantikan..@__@

Saturday, November 19, 2011

Jaulah akhir tahun..

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca blog yang setia..


Hari ini 19/11/2011 sudah masuk hari-hari cuti akhir tahun persekolahan. Semestinya pelajar-pelajar sekolah juga bakal-bakal guru yang menuntut ilmu di IPG seluruh Malaysia sedang bercuti sekarang. Alhamdulillah.Pulang kekampung berbakti pula pada ibu dan ayah.


Namun, tak kurang juga yang meronda-ronda sekitar bumi Malaysia ini sebelum pulang kekampung halaman, termasuklah saya!..^_^


Alhamdulillah, antara percaya atau tidak sekarang menulis blog di IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang (IPGKPPP) yang lebih dikenali sebagai I4P. Jauh betul tulis blog ye..hehe


Lawatan bermaklumat yang telah bermula sejak Khamis malam 17/11/2011, selamat tiba di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) untuk sesi lawatan yang pertama. Setelah selesai sesi pertukaran maklumat mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak JPP IPG masing-masing, bas terus bergerak ke I4P.


Malamnya, bergerak ke Padang Kota Lama menikmati pandangan yang cukup indah diwaktu malam.Esoknya ke Bukit Bendera.Pengalaman yang cukup mengujakan berada dalam train ke bukit bendera..(train ke?..ntah apa panggil lrt ke komuter ke..hehe)..gayat pun ada..fikiran yang macam-macam pun ada..mendebarkan..sampai dipuncak terasa bumi ini terlalu kecil..melihat bangunan-bangunan yang tersergam dari atas puncak Bukit bendera..kecik aje rasanya..yang pastinya ABC kat situ best..hee


Then, terus ke Penang Road..Jalan-jalan beli apa yang patut. Lawaknya Mydin jugak kami masuk beli baju..hehe..Jeruk tak kan lupa..beli punya..macam warna dan jenis ada..sedap!(eh,yeke?..xrasa pun lagi..kiki)


 Sekarang dibilik asrama I4P, charge tenaga untuk malam ni..sunyi asrama semuanya rehat sedangkan saya tulis blog disini..tak boleh lelap mata..tak biasa tidur siang..huhu..malam ni tak taulah kemana pula..tunggu aja arahan..


Dan esok,pagi-pagi kena bertolak ke jeti feri untuk ke terminal bas pulau pinang..jambatan Pulau Pinang akan dituutp esok jadi saya dan beberapa sahabat lagi perlu bergerak lebih awal.


Apa-apapun, jaulah ini sangat bermakna kerana FREE! (xperlu bayar..dpt duit lg 10 ringgit sehari..hehe)..tak delah ...free itu cuma sampingan...utamanya ingin sekali mendengar dan mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti-aktivit yang dilakukan dalam kedua-dua Ipg ini. Hal ini kerana IPGKPPP dan IPGKTB terkenal dengan aktiviti yang pelbagai dan mendapat sambutan yang mantap.InsyaAllah IPTHO akan menjalankan banyak aktiviti dengan mendapat sambutan yang sebaik mungkin daripada pelajar..insyaAllah..


Setakat ini sahajalah, panjang sangat rasanya..insyaAllah Selamat Bercuti semua!..isilah cuti ini dengan penuh manfaat..Jumpa lagi lain masa dan ketika..^_^ 

Saturday, November 12, 2011

Tolong aminkan doa ini..

Assalamualaikum..
Minta pembaca-pembaca blog sekalian membaca dan mengaminkan doa ini..terima kasih..




Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat,tabi' dan tabi'in serta para mujahid pejuang agama Islam.


Ya Allah, ku memohon padaMu agar dikurniakan kekuatan bukan kelemahan, kesabaran dan ketabahan bukan kepasrahan,kesihatan anggota badan bukan kesakitan.


Peliharalah dan jauhkanlah ayahku dari segala unsur-unsur yang menyakitkan, dendam dan irihati manusia serta syaitan yang bertopengkan manusia.Jadikan dia seorang yang tabah mengharungi ujianMu ini. 


Allah Ya Ghaffar, Ya Rahim..amin..








"Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu mahu.bahagia di dunia tidak bermakna kamu bahagia diakhirat kelak..so,beware!"

Wednesday, November 9, 2011

Khilaf ini..='(

Assalamualaikum..


Allahuakbar,
Engkau Yang sarat dengan Kasih Sayang,
dicurahkan kepada hamba-hamba yang Engkau sayang,
walau sihamba tiada sifat penyayang,
Kau titipkan jua rasa kasih sayang,
agar bersemi nilai kasih juga sayang,
Semuanya kerana Engkau Pengasih juga Penyayang,

Allahuakbar,
Allah Maha Besar,
Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam,

Ampuni khilafku Ya Allah,
bila laku tak seiring kata,
bila hati mula berdusta,
bila lisan mengukir nista,
bila jiwa dipenuhi dosa,
kerana menurut nafsu semata-mata.

Ampuni khilafku Ya Allah,
bila janji kumungkiri,
sedang janjiMu itu pasti,

Allah,
pimpinlah langkahku,
agar aku tidak terjatuh,
dalam lembah yang penuh kehinaan,
lembah yang telah dikau janjikan,
pada saat diri dihitungkan,

Ampuni diri ini,
kerana asyik pada nikmat duniawi,
yang penuh dengan lakonan,
hanya untuk menyesatkan,
dari jalan yang penuh kebahagiaan.

Impianku,
ingin bahagia,
meraih redhaMu ya Allah,
namun derap langkah tanpa iman,
menyasarkanku dari jalan yang sepatutnya..

Allahu Rabbi, Ya Allah

Tuesday, November 8, 2011

Sebak yang dirasa..

Assalamualaikum


Tersentap didalam dada,
saat menatap kalimah-kalimah itu,
Ya Allah,
inilah hati seorang wanita,
mudah tersentuh,
pada kalimah yang berbisa,
menusuk kedalam jiwa,
tanpa sebarang bicara,
ia menangis tanpa esak,
mengenang apa yang telah dilaku,
tanpa kerelaan sesiapa,
bukan sengaja buat terasa,
namun hati yang merasa,
jangan sangka ku berhilai tawa,
tanda diri sedang bergembira,
siapa yang tahu sebak didada,
hanya Dia yang Kuasa.

Thursday, November 3, 2011

..HADIAH TERBAIK..



 Assalamualaikum..ini artikel dan ulasan yang saya tambah dari iluvislam.com..selamat meneroka..!!..






¸.•◕)►kepada kawan KESETIAAN..
- agar ukhwah tetap utuh..

¸.•◕)► kepada musuh KEMAAFAN..
- agar silaturahim kembali bertaut..

¸.•◕)► kepada ketua KHIDMAT..
- agar terukir nilai kerjasama.. 

¸.•◕)► kepada yang muda CONTOH TERBAIK..
- agar terdidik generasi seterusnya..

¸.•◕)► kepada yang tua HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN..
- agar pengorbanan mereka tidak disia-siakan..


¸.•◕)► kepada pasangan CINTA DAN KETAATAN..
- agar bersemi mewangi mawaddah warahmah..lepas akad yg pastinya..=)

¸.•◕)► kepada manusia KEBEBASAN..
- agar terjalinnya keadilan..

★..yang terpenting, kepada ALLAH KETAATAN DAN KECINTAAN ABADI..★
>> Allah mengetahui segalanya ^__^..wallahua'lam..<<

Wednesday, November 2, 2011

10 Muwasafat attarbiyah..jom amalkan..!!

Assalamualaikum..kali ini saya ingin benar berkongsi artikel ini..semoga kita amalkan untuk menjadi muslim yang cemerlang..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. (Ar-ra'd :11)



10 Muwassafat Tarbiyah
www.iLuvIslam.com
Aufa_Risyaeditor : IskethaykaL



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."  
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 


"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain.Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.




Kata saya : Marilah kita aplikasikan 10 muwasafat tarbiyah dalam diri kita.Perjuangan yang dimaksudkan dalam artikel ini mungkin dimaksudkan dengan perjuangan dakwah yang besar, namun kita perlu bermula dari kecil iaitu dari dalam diri kita sendiri sebelum kearah yang lain. Namun jangan dilupa, sedang  kita berusaha untuk berubah kita, juga perlu mengubah yang lain..sama-samalah pesan berpesan dalam hidup ini...insyaAllah sama-sama kita amalkan..=)

Tuesday, November 1, 2011

blog saya..



Assalamu'alaikum semua pembaca2 blog himmatulinsan..


Terima kasih kerana sudi menapak diruangan yang tidak seberapa ini..sudah lama rasanya tidak menulis..bila dijenguk kali terakhir post 6 oktober 2011..memang tidak dinafikan sudah lama..namun, moga apa yang dikongsi bermanfaat buat semua pembaca..moga yang bermanfaat dijadikan teladan dan yang tidak itu dijadikan sempadan..insyaAllah..


"i'm waiting your blog update"
"err.."

ada orang tunggu himmatulinsan update rupanya...maaf dipohon kerana kebelakangan ini minda dan rentak tari kurang mengizinkan..baru pulang ke institut setelah bercuti dikampung selama seminggu..selama dikampung sememangnya tidak layari internet sebab takde line..huhu..


tiada apa yang ingin diperkatakan cuma sedikit ulasan berkenaan isi dalam blog ini..


Pertama sekali, mengenai blog saya ini..apa yang saya sedari kemahiran saya dalam menulis bukanlah pada tahap yang baik..*rasanya pelajar SPM lagi bagus penulisan mereka....jadi himmatulinsan ingin memohon kemaafan jika selama ini apa yang dikongsi terlalu bersifat keanak-anakan @ kononnya terlebih dewasa @ kurang bermanfaat..


Apa yang pasti, himmatulinsan sedar post akan menjadi panjang berjela-jela jika himmatulinsan bercerita..*mungkin dah lumrah bercerita memang jadi panjang..huhu..oleh itu, himmatulinsan akan ambil inisiatif untuk buat post dalam bentuk puisi atau sajak sahaja supaya dapat mengurangkan kepanjangan melalut..hee..


Selain itu, apa yang himmatulinsan post ini datang dari pelbagai sumber samada dari hati himmatulinsan sendiri, fikiran, pandangan, pemerhatian, perlakuan dan pengalaman himmatulinsan ..walaupun ianya dari sudut pandang himmatulinsan, moga ianya bermanfaat buat semua walau sedikit kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sampaikan dariku walau satu ayat. Ada juga post yang himmatulinsan ambil dari sumber lain seperti artikel dalam iluvislam dan sebagainya.


kepintaran dalam mengatur dan menyusun ayat memang tiada pada himmatulinsan..malu pada pembaca sekalian..maaf lagi sekali..


kadang menulis untuk berkongsi rasa
menulis untuk meluahkan rasa 
rasa yang tetap juga rasa yang berkecamuk
menulis sekadar menghiburkan hati
menulis untuk tatapan semua


yang pastinya kita kena ingat apa yang kita tulis ini akan menjadi bukti amalan kita pada hari perhitungan kelak..kerana itulah perlu berhati-hati dalam menulis..







:: bukanlah siapa-siapa..kurang kemahiran dalam mengukir kata namun teringin sekali berkongsi luahan rasa ::

::maaf ini pun sudah panjang berjela..moga tidak penat membaca::

Thursday, October 6, 2011

Assalamualaikum..

Sungguh,
kusam rasanya saban hari,
bila setiap hari tanpa Dia,
ibaratnya yang Sunday, Monday jadi mende lain...
macam kat bawah ni kut..





Allah Ya Rahim..ighfirli..

Pengajaran dari pohon semalu..

Assalamualaikum..


Pengajaran dr Pohon Semalu....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.



Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.










Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.



Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.



Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.





Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Thursday, September 29, 2011

Monday, September 26, 2011

Semput lg?

Assalamualaikum..

2 3 hari ini selalu rasa spt tak cukup nafas walhal Allah bg oksigen free je..tak payah bayar pun..tunggu inhale oksigen and exhale balik karbon dioksida dlm badan..hemm..

sudah lama tak rasa seperti ini..dulu first time rasa masa form 1 lepas kes sorang kawan pegang leher dr depan...huish bahaya esoknya terus rasa semput..mungkin bahagian esofogus dah sempit kut..atau paru2??..erk..xnak cakap lebih2..na'uzubillah jauhkanlah Ya Allah..

terus semalam rasa xde mood..nak hilangkan mood ziarah bilik senior yang baru membina baitulmuslim..seronok dengar ceritanya..terus hilang rasa semput..tapi bila balik bilik semput lagi..aduuh..sampailah sekarang..hemm..

mungkin juga sebab kurang baca surat cinta ni..oh Al-quran..baca al-quran bukan setakat dapat pahala dapat siihatkan tubuh badan lagi..setakat yang saya tahu, dengan membaca al-quran dapat kurangkan balgham(kahak) dan membetulkan sistem pernafasan kita..hemm mungkin sebab itu la kut..

melilau mata kat rak buku nampak la buku bertajuk "Ikhtiar Penyembuhan Penyakit dengan ayat-ayat dan doa-doa mustajab" oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din..Siapa tak kenal Tuan Guru ini pengasas dan Penasihat Darussyifa', seorang pengamal perubatan..Macam-macam doa untuk amcam-macam penyakit ada..

Then, belek2 jumpalah doa sakit dada-sesak nafas..insyaAllah cuba dengan ayat-ayat Allah.Prosedur bacaannya seperti berikut :

1)Surah Al-Fatihah
2)Ayatul Kursi
3)Al-Muawwizat (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas)
4)Al-Insyirah
5)Doa melegakan sesak nafas iaitu surah al-an'am ayat 125 & az-Zumar ayat 22)

*ke g klinik jer??..ekonomi xstabillah..xyah2!!



~ok lah..setakat itu sahaja coretan Himmatulinsan..semoga diberi kesihatan yang sempurna..ameen Ya Rabb~

Saturday, September 24, 2011

Episod Rindu 2..

Assalamualaikum..

Rindunya pada sahabat di sekolah lama..
main bersama
gurau bersama
sakit bersama
menangis bersama
bimbang bersama
solat bersama
zikir bersama
doa bersama
ingatan bersama
bincang bersama
hal sekolah juga asrama
kelas pun
tak lupa juga hal hati dan perasaan
toink3..

ana uhibbukum lillah..insyaAllah..semoga berjaya dalam kehidupan ujian hidup sama renangi..jangan lupa Allah..kata sahabat saya jagalah Allah, Allah pasti menjagamu...^_^


*hati yg basah mengingati kenangan bersama..

Tuesday, September 20, 2011

Doa ketika susah..

Assalamualaikum..


لا اله الا الله العظيم الحليم, لا اله الا الله رب العرش العظيم, لا اله الا الله رب السموات ورب الارض رب العرش الكريم.

La ilaha illallahul'azimulhalim, la ilaha illallahu robbul'arsyil'azim, la ilahaillallahu robbussamawati warobbulari robbul'arsyilkarim..

Maksudnya:"Tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Maha agung yang Maha Lembut, tidak ada Tuhan selain Allah yang memiliki 'arasy yang agung, tidak ada Tuhan selain allah,Tuhan (pengurus) langit dan bumi, dan Tuhan 'Arasy yang agung."

Kesusahan boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Tidak ambil peduli siapa sasarannya dan menyerang sesiapa sahaaja. Kadang kala, ia datang tanpa diduga. Ditengah kebahagiaan yang kita rasakan ia muncul tiba-tiba. Menghenyak perasaan. Kita seakan tidak percaya dengan kenyataan yang ada.

Kita tidak bersedia menghadapi kesusahan. Jangankan yang tiba-tiba, kesusahan yang telah dijangkakan bakal timbul pun belum tentu dapat kita tangani. disinilah perlunya, sifat berhati-hati dan keteguhan seseorang dalam menangani sesuatu kesusahan.

Yakinlah, Allah s.w.t tidak akan menurunkan kesukaran kepada kita,jika kita tidak mampu menyelesaikannya. Ujian yang turun bertubi-tubi kepada kita, membuktikan Allah s.w.t sayang kepada kita. sehingga, kita menjadi sentiasa dekat dengannya. Mudah-mudahan dengan kesukaran yang dihadapi, akan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Bukan sebalinya, berburuk sangka kepada Alalh s.w.t. Na'uzubillahi min zalik.

::Adiba Yasmin.(2011).Koleksi Doa Khas untuk Wanita.Selangor. Al-Hidayah Publications::

Sunday, September 18, 2011

Sukarnya..

Assalamualaikum..






"sukarnya untuk seorang pemuda @ pemudi untuk menjaga pandangannya..apabila sudah tunduk pandangan dijalanan, tak tunduk pula pandangan pada drama di tv, filem, surat khabar, majalah..apabila sudah tunduk pandangan ketika berhadapan dengan kaum wanita @ lelaki, tak tunduk pula ketika membelakangi mereka..sedangkan diri ini sedar pesan Imam ibn Qayyim : Pandangan liar merupakan punca utama hati menjadi gelap..sebab itulah kita tak ada kemanisan beribadat dan berjuang di jalanNya.."






::ighfirli Ya Allah::
Assalamualaikum..

Kawan saya kata Allah jadikan hari akhirat sebab hidup kat dunia ni tak pernah ada keadilan..keadilan hanya ada pada Hari Keadilan iaitu Hari Akhirat..walaubagaimanapun dunia perlu dijadikan sebagai jambatan menuju keakhirat..bermakna semua amalan kita haruslah ikhlas dan mengharapkan keredhaanNya..



tapi ada yang sibuk kejar akhirat sampai tak ingat tugasnya didunia..ada pulak yang sibuk kejar dunia sampai tak ingat akhirat..ada yang lagi teruk,dua-dua tak ingat..ada yang ingat tapi buat-buat lupa..astargfirullah...

Allah berfirman dalam surah Al-Qasas:77:
"dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu didunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan dibumi,. Sungguh, allah tidak menyukai orang yang berbuat kerusakan.

jangan lupa dalam kita menjalin hubungan dengan Allah(Hablunminallah), kena hubungkan juga hubungan dengan manusia (hablunminnannas) mengikut landasan syara' yang telah ditetapkan..

ada orang asyik menjaga hati orang lain, sampai hati sendiri tak dijaga (dirinya tidak dijaga hati oleh orang lain). dirinya hanya fikirkan kesenangan dan kemudahan bagi orang lain, tapi dirinya siapa yang peduli?..sifat manakah yang perlu didahului apakah begini?."takpelah..kesian kat dia..aku susah pun takpe" atau begini ?"daripada menyusahkan aku baik aku suruh orang lain" dalam konteks kerja yang memerlukan kerjasama...fikir-fikirkan..

selalu dengar pesanan ingat apa kejahatan yang kita buat pada orang dan kebaikan yang orang buat untuk kita, tapi jangan pula kita ingat pada kebaikan yang kita buat pada orang dan keburukan yang orang buat pada kita..

semuanya betul tapi kalau dah selalu dan memang orang tak mahu faham apa yang kita cuba faham tentang mereka bagaimana pula??..disinilah mula tersingkap rasa keadilan itu...

atau mungkinkah Dia ingin menduga keikhlasan kita?..Ya Allah jangan kau duga keikhlasan kami dengan sesuatu yang berat..Kurniakan secebis rasa empati dalam diri kami supaya kami dapat memakmurkan bumi...



*jangan Kau duga apa yang tidak kami mampu*

Tuesday, September 13, 2011

rindu riadah..

Assalamualaikum..

kenapa ketar tangan kaki nieh..
apa plak sakitnya..
ish gelap kt luar..
langitt menangis..
tgok jam..
pkul 5 petang..
masa2 ni selalunya beriadah kt institut ni..
memg xsah kalau seminggu xriadah..
nnti mula la pelik2...
huuuh..susah jugak...

bila nak riadah ye?....esaimen xsiap lg nk riadah macamane...
tp nk relaks kena riadah jugak..xleh ngadap laptop je..
xpe lah..esok2 ye...bye2 padang...
sampai ketemu lagi....^__^'

Sunday, September 11, 2011

Ops, kaca itu pecah!

Assalamualaikum..




Ops, kaca itu pecah,
Halus caranya,
entah kerana dirancang atau terancang,
makin perit rasa,
bila dikenang saatnya.

Kaca itu,
pecah berkeping-keping,
kecewa dengan manusia,
yang tidak memandang,
pada hebatnya Rabbul Jalil.

Di mana kebenaran?..
Di mana keadilan?..
Semuanya akan terjawab..
Bila tiba saatnya..
Bila dan dimana..
Dia pengatur yang agung..
Dunia atau akhirat..
Syurga atau neraka..



~Hebatnya Allah Yang Esa~
Ahad,110911,IPTHO

Tuesday, August 23, 2011

Anugerah Pengarah..

Assalamualaikum,


Pada hari Isnin 22/8/2011 yang lepas IPG saya telah meraikan kejayaan pelajar-pelajar dalam peperiksaan semester lepas, Mei 2011. Mereka diraikan dalam majlis penyerahan sijil penghargaan bagi pelajar-pelajar yang mencapai Anugerah Pengarah iaitu 3.8 keatas.

Tahniah saya ucapkan buat sahabat-sahabat yang telah berjaya dalam peperiksaan semester lepas.Semoga kecemerlangan terus menjadi milik anda.

Alhamdulillah, ramai muslim yang naik pentas menerima sijil. InsyaAllah ini sebagai salah satu bukti bahawa Muslim itu boleh berjaya tidak kira dalam apa-apa lapangan. Terdapat 2 orang pelajar muslim perempuan yang mendapat CGPA 4.00. Subhanallah..



Semoga dengan anugerah yang diberikan itu dapat memberikan semangat buat pelajar lain juga untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat memeperoleh kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang didunia juga akhirat. Paling utama, dapat menggembirakan hati ibu dan bapa yang telah banyak berkorban untuk kita.Tidak dilupakan Allah S.W.T yang menentukan segala-galanya setelah kita semua berusaha. 




*Sesungguhnya Dia sebaik-baik perancang..^__^
*24 Ramadhan 1432H, 01.50 pagi..



Wednesday, August 17, 2011

Selami makna gambar..

Assalamualaikum..
*entry kali ni hanya dipenuhi gambar..hayatilah makna disebaliknya..


..ku menangis..


Kurniakan kekuatan Ya Allah...


..menangislah kerana ketidakmampuanmu..


..bersabarlah..



..hanya padaNya tempat bergantung..Yang Paling Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..
Oh Allah, janganlah Kau timpakan kepada kami sesuatu yang tidak mampu kami tempuhi..Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui tahap kemampuan kami..

..hanya padaNya tempat bergantung harap..

Tuesday, August 9, 2011

Ingatan kepadamu..

Assalamualaikum,



"Semoga sentiasa berbahagia, ditingkatkan iman, sentiasa mengingatiNya, sentiasa dalam jagaanNya, teduhanNya, kebahagiaanNya dan keberkatanNya..amin"





*Buatmu sahabatku..
Tiba-tiba teringat akan dirimu...

Friday, August 5, 2011

Musimnya datang lagi...

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan buat tetamu sekalian, semoga amal kita semakin bertambah seiring dengan bertingkatnya hari ramadahan...=)

di IPG:



musim esaimen dah bermula.apakah episod kepeningan akan bermula lagi?..nauzubillah moga Dia permudahkan dibulan suci ini..

sekali dapat esaimen tuk sume subjek..fuuh..semput asenye bila tengok tarikh hantar..


Tarikh serahan esaimen:
LN Tugasan 1:10/8
Al-Quran:20/8
Murid & Alam Beljar:22/8
LN Tugasan 2:25/8
LB:Leps raya
Aqidah:26 September
Gerko :xtau

itu pun ade lagi yang xdpt tu..sibuk la pasni..sempat ke tidak nak menjengah blog nanti..hehe..(macam busy sgt je..)


Apa2 pun semoga dipermudahkan segalanya..tiada kemudahan yang kecil melainkan Dia yang permudahkan. Jadi selain berusaha untuk menyiapkannya, mestilah bergantung harap berdoa kepadanya dipermudahkan dan diberi kefahaman yang luas mengenai tugasan tersebut supaya tidak terpesong dari tajuk utamanya.


Buat rakan-rakan IPG, selamat ber'assignment'. Jangan sampai makan assignment , tidur pun assignment..penat nanti..huhu...susun jadual betul2 ye..paling penting, kurangkan muka buku,kerapkan buka buku serta sumber2 lain juga ye..


Selamat Bekerja semua...Siapa berusaha dia akan berjaya..^__^






*jangan lupa berdoa padaNya..



.::Salam Ramadhan;6 Ramadhan 1432H::.

Wednesday, August 3, 2011

Sambungan..

Assalamualaikum..

Nak sambung cerita entry yang lepas berkenaan dengan 'diterima'....

sebenarnya yang diteima itu adalah sebuah pantun yang telah saya reka dengan spontan..^__^
Dah lama tinggalkan dunia memantun tambahan pula bila dah keluar dari sekolah menengah..ingat dah tak laku, rupanya masih lagi laku..huhu..cukuplah sekadar nak hiburkan hati..

Pantun dulu entah ape2, 'matching' pun tak...suka hati je..yang paling ingat pantun 2 kerat,

Masak gulai guna manisan,
maaf tak perasan.

nampak tak ade kepelikan disitu. ada ke orang masak gulai guna manisan??..sebab tu saya katakan pantun yang dibuat dulu sekadar tuk hiburan semata-mata asalkan bunyi sama ok la tu..hehe...

yang diterima beberapa hari lalu ialah,

Berenang-renang itik dikali,
Jernih airnya tiada palitan,
Akhlak yang baik berbudi pekerti,
Menjadi igauan teruna idaman.

hoho..nampak macam dah matang sket kan..huhu...sekadar suka-suka..indah bahasa melayu ni..boleh sajak, pantun, syair  dan macam2 lagi la..tak perlu penerangan yang panjang tapi pesanannya yang tersirat amatlah banyak..^__^

so, sape yang rase stress ke ape ke cuba bina pantun ke sajak ke dengan bantuan alam sekeliling, pasti menyeronokkan dan mengurangkan tekanan..insyaAllah..selamat mencuba..=)



::Salam Ramadhan;3 Ramadhan 1432H::

Monday, August 1, 2011

^____^

Macam xpercaya je..diterima...walhal dah lame tinggalkan dunia itu...

alhamdulilllah..syukran...^___^

*nanti cite byk2 lg ek..sabor...hee..

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan...=)

Assalamualaikum..



Ahlan Wasahlan Ya Ramadan,
khabar dari TV mengesahkan segalanya
tanda hilal sudah kelihatan,

setelah isya' didirikan,
kedengaran sahutan 'assolaatuttarawikh',
tersedar dari hayalan,
bulan mulia sudah menjengah,
syaitan diikat rantai,
tiada yang bisa menggoda.
hanya iman penentu segala
tingkat tingi dan rendahnya,


senarai ketiga dalam list rukun islam itu,
wajib dilaksanakan muslimin dan muslimat,
seperti yang telah diwahyukan dalam surah Al-Baqarah:183..

semoga kuat perangi nafsu
yang sentiasa bersama walau dimana dan kemana
sedia bersama senjata tajam
alquran dan zikir sebagai penolong
amal yang baik sebagai pendorong


ucapan ramadan dah banyak dapat,
berpantun pantin,
bila ditengok2,
eh same pulak
hehe

terawikh 1 ramadan,
di bumi IPG, BP
mahligai 283 tetap dilubuk paling dalam
alhamdulillah sempat merasai ramadan kali ini
terkenang aku pada mereka yang telah pergi
tidak sempat merasai ramadan ini
alfatihah
salam ramadan





::Salam Ramadan

Wednesday, July 27, 2011

Sunday, July 24, 2011

Ikim...

Assalamualaikum..

Teringat kembali tujuan nak beli handphone yg ade radio..semata-mata nk dengar radio ikim..ya..semata-mata..sebab saluran ni memang banyak bagi manfaat selain dapat meningkatkan semangat sebagai seorang islam.



Frekuensi IKIMfm

Masalah timbul plak bila line xbetul..huhu..so xleh nk beza sgt mana radio muzik ngan klasik..hoho..malam ni cari radio ikim..nak sangat dengar ni....

Cari punya cari xjumpa..yang jumpa johor fm..layan la kejap..alhamdulillah Allah hantar sahabat saya tuk bantu..dan akhirnya terus dapat..syukran Ya Allah..^___^..(Allah memang baik, makbulkan hajat saya...subhanallah..)

Tenang rasanya dengar radio ikim...nak belajar arab yang senang2 pun boleh...terima kasih IKIM F.M......


Jom Layan...^__^





*saya bantah drama itu...
*Allah,pinjamkan daku sedikit kekuatan..

Popular Posts