Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Wednesday, November 30, 2011

Hijrah dan Masihi baru..

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini 1 Disember 2011..bermakna tinggal 1 bulan sahaja lagi sebelum menjengah ke tahun masihi yang baru..Apapun rasanya belum terlambat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H. Semoga keazaman (himmah) baru bagi tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun yang lepas.

Sebelum itu, cuba kita 'check' balik apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini..apakah banyak yang baik atau yang buruk?..Jom koreksi diri..

sebenarnya, taktau nak tulis apa..out dulu..perlukan ketenangan untuk menulis,, sekarang di CC..bosan disini..huhu..^_^

rasanya kita akan ketemu lagi dalam post yang akan datang dengan tahun masihi yang baru..insyaAllah panjang umur murah rezeki ketemu lagi..terima kasih buat pembaca blog himmatulinsan ini..nantikan..@__@

Saturday, November 19, 2011

Jaulah akhir tahun..

Assalamualaikum w.b.t buat pembaca blog yang setia..


Hari ini 19/11/2011 sudah masuk hari-hari cuti akhir tahun persekolahan. Semestinya pelajar-pelajar sekolah juga bakal-bakal guru yang menuntut ilmu di IPG seluruh Malaysia sedang bercuti sekarang. Alhamdulillah.Pulang kekampung berbakti pula pada ibu dan ayah.


Namun, tak kurang juga yang meronda-ronda sekitar bumi Malaysia ini sebelum pulang kekampung halaman, termasuklah saya!..^_^


Alhamdulillah, antara percaya atau tidak sekarang menulis blog di IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang (IPGKPPP) yang lebih dikenali sebagai I4P. Jauh betul tulis blog ye..hehe


Lawatan bermaklumat yang telah bermula sejak Khamis malam 17/11/2011, selamat tiba di IPG Kampus Tuanku Bainun (IPGKTB) untuk sesi lawatan yang pertama. Setelah selesai sesi pertukaran maklumat mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak JPP IPG masing-masing, bas terus bergerak ke I4P.


Malamnya, bergerak ke Padang Kota Lama menikmati pandangan yang cukup indah diwaktu malam.Esoknya ke Bukit Bendera.Pengalaman yang cukup mengujakan berada dalam train ke bukit bendera..(train ke?..ntah apa panggil lrt ke komuter ke..hehe)..gayat pun ada..fikiran yang macam-macam pun ada..mendebarkan..sampai dipuncak terasa bumi ini terlalu kecil..melihat bangunan-bangunan yang tersergam dari atas puncak Bukit bendera..kecik aje rasanya..yang pastinya ABC kat situ best..hee


Then, terus ke Penang Road..Jalan-jalan beli apa yang patut. Lawaknya Mydin jugak kami masuk beli baju..hehe..Jeruk tak kan lupa..beli punya..macam warna dan jenis ada..sedap!(eh,yeke?..xrasa pun lagi..kiki)


 Sekarang dibilik asrama I4P, charge tenaga untuk malam ni..sunyi asrama semuanya rehat sedangkan saya tulis blog disini..tak boleh lelap mata..tak biasa tidur siang..huhu..malam ni tak taulah kemana pula..tunggu aja arahan..


Dan esok,pagi-pagi kena bertolak ke jeti feri untuk ke terminal bas pulau pinang..jambatan Pulau Pinang akan dituutp esok jadi saya dan beberapa sahabat lagi perlu bergerak lebih awal.


Apa-apapun, jaulah ini sangat bermakna kerana FREE! (xperlu bayar..dpt duit lg 10 ringgit sehari..hehe)..tak delah ...free itu cuma sampingan...utamanya ingin sekali mendengar dan mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti-aktivit yang dilakukan dalam kedua-dua Ipg ini. Hal ini kerana IPGKPPP dan IPGKTB terkenal dengan aktiviti yang pelbagai dan mendapat sambutan yang mantap.InsyaAllah IPTHO akan menjalankan banyak aktiviti dengan mendapat sambutan yang sebaik mungkin daripada pelajar..insyaAllah..


Setakat ini sahajalah, panjang sangat rasanya..insyaAllah Selamat Bercuti semua!..isilah cuti ini dengan penuh manfaat..Jumpa lagi lain masa dan ketika..^_^ 

Saturday, November 12, 2011

Tolong aminkan doa ini..

Assalamualaikum..
Minta pembaca-pembaca blog sekalian membaca dan mengaminkan doa ini..terima kasih..




Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,para sahabat,tabi' dan tabi'in serta para mujahid pejuang agama Islam.


Ya Allah, ku memohon padaMu agar dikurniakan kekuatan bukan kelemahan, kesabaran dan ketabahan bukan kepasrahan,kesihatan anggota badan bukan kesakitan.


Peliharalah dan jauhkanlah ayahku dari segala unsur-unsur yang menyakitkan, dendam dan irihati manusia serta syaitan yang bertopengkan manusia.Jadikan dia seorang yang tabah mengharungi ujianMu ini. 


Allah Ya Ghaffar, Ya Rahim..amin..








"Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu mahu.bahagia di dunia tidak bermakna kamu bahagia diakhirat kelak..so,beware!"

Wednesday, November 9, 2011

Khilaf ini..='(

Assalamualaikum..


Allahuakbar,
Engkau Yang sarat dengan Kasih Sayang,
dicurahkan kepada hamba-hamba yang Engkau sayang,
walau sihamba tiada sifat penyayang,
Kau titipkan jua rasa kasih sayang,
agar bersemi nilai kasih juga sayang,
Semuanya kerana Engkau Pengasih juga Penyayang,

Allahuakbar,
Allah Maha Besar,
Segala puji bagi Allah,
Tuhan sekalian alam,

Ampuni khilafku Ya Allah,
bila laku tak seiring kata,
bila hati mula berdusta,
bila lisan mengukir nista,
bila jiwa dipenuhi dosa,
kerana menurut nafsu semata-mata.

Ampuni khilafku Ya Allah,
bila janji kumungkiri,
sedang janjiMu itu pasti,

Allah,
pimpinlah langkahku,
agar aku tidak terjatuh,
dalam lembah yang penuh kehinaan,
lembah yang telah dikau janjikan,
pada saat diri dihitungkan,

Ampuni diri ini,
kerana asyik pada nikmat duniawi,
yang penuh dengan lakonan,
hanya untuk menyesatkan,
dari jalan yang penuh kebahagiaan.

Impianku,
ingin bahagia,
meraih redhaMu ya Allah,
namun derap langkah tanpa iman,
menyasarkanku dari jalan yang sepatutnya..

Allahu Rabbi, Ya Allah

Tuesday, November 8, 2011

Sebak yang dirasa..

Assalamualaikum


Tersentap didalam dada,
saat menatap kalimah-kalimah itu,
Ya Allah,
inilah hati seorang wanita,
mudah tersentuh,
pada kalimah yang berbisa,
menusuk kedalam jiwa,
tanpa sebarang bicara,
ia menangis tanpa esak,
mengenang apa yang telah dilaku,
tanpa kerelaan sesiapa,
bukan sengaja buat terasa,
namun hati yang merasa,
jangan sangka ku berhilai tawa,
tanda diri sedang bergembira,
siapa yang tahu sebak didada,
hanya Dia yang Kuasa.

Thursday, November 3, 2011

..HADIAH TERBAIK..



 Assalamualaikum..ini artikel dan ulasan yang saya tambah dari iluvislam.com..selamat meneroka..!!..






¸.•◕)►kepada kawan KESETIAAN..
- agar ukhwah tetap utuh..

¸.•◕)► kepada musuh KEMAAFAN..
- agar silaturahim kembali bertaut..

¸.•◕)► kepada ketua KHIDMAT..
- agar terukir nilai kerjasama.. 

¸.•◕)► kepada yang muda CONTOH TERBAIK..
- agar terdidik generasi seterusnya..

¸.•◕)► kepada yang tua HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN..
- agar pengorbanan mereka tidak disia-siakan..


¸.•◕)► kepada pasangan CINTA DAN KETAATAN..
- agar bersemi mewangi mawaddah warahmah..lepas akad yg pastinya..=)

¸.•◕)► kepada manusia KEBEBASAN..
- agar terjalinnya keadilan..

★..yang terpenting, kepada ALLAH KETAATAN DAN KECINTAAN ABADI..★
>> Allah mengetahui segalanya ^__^..wallahua'lam..<<

Wednesday, November 2, 2011

10 Muwasafat attarbiyah..jom amalkan..!!

Assalamualaikum..kali ini saya ingin benar berkongsi artikel ini..semoga kita amalkan untuk menjadi muslim yang cemerlang..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. (Ar-ra'd :11)



10 Muwassafat Tarbiyah
www.iLuvIslam.com
Aufa_Risyaeditor : IskethaykaL



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."  
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 


"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain.Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.




Kata saya : Marilah kita aplikasikan 10 muwasafat tarbiyah dalam diri kita.Perjuangan yang dimaksudkan dalam artikel ini mungkin dimaksudkan dengan perjuangan dakwah yang besar, namun kita perlu bermula dari kecil iaitu dari dalam diri kita sendiri sebelum kearah yang lain. Namun jangan dilupa, sedang  kita berusaha untuk berubah kita, juga perlu mengubah yang lain..sama-samalah pesan berpesan dalam hidup ini...insyaAllah sama-sama kita amalkan..=)

Tuesday, November 1, 2011

blog saya..



Assalamu'alaikum semua pembaca2 blog himmatulinsan..


Terima kasih kerana sudi menapak diruangan yang tidak seberapa ini..sudah lama rasanya tidak menulis..bila dijenguk kali terakhir post 6 oktober 2011..memang tidak dinafikan sudah lama..namun, moga apa yang dikongsi bermanfaat buat semua pembaca..moga yang bermanfaat dijadikan teladan dan yang tidak itu dijadikan sempadan..insyaAllah..


"i'm waiting your blog update"
"err.."

ada orang tunggu himmatulinsan update rupanya...maaf dipohon kerana kebelakangan ini minda dan rentak tari kurang mengizinkan..baru pulang ke institut setelah bercuti dikampung selama seminggu..selama dikampung sememangnya tidak layari internet sebab takde line..huhu..


tiada apa yang ingin diperkatakan cuma sedikit ulasan berkenaan isi dalam blog ini..


Pertama sekali, mengenai blog saya ini..apa yang saya sedari kemahiran saya dalam menulis bukanlah pada tahap yang baik..*rasanya pelajar SPM lagi bagus penulisan mereka....jadi himmatulinsan ingin memohon kemaafan jika selama ini apa yang dikongsi terlalu bersifat keanak-anakan @ kononnya terlebih dewasa @ kurang bermanfaat..


Apa yang pasti, himmatulinsan sedar post akan menjadi panjang berjela-jela jika himmatulinsan bercerita..*mungkin dah lumrah bercerita memang jadi panjang..huhu..oleh itu, himmatulinsan akan ambil inisiatif untuk buat post dalam bentuk puisi atau sajak sahaja supaya dapat mengurangkan kepanjangan melalut..hee..


Selain itu, apa yang himmatulinsan post ini datang dari pelbagai sumber samada dari hati himmatulinsan sendiri, fikiran, pandangan, pemerhatian, perlakuan dan pengalaman himmatulinsan ..walaupun ianya dari sudut pandang himmatulinsan, moga ianya bermanfaat buat semua walau sedikit kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Sampaikan dariku walau satu ayat. Ada juga post yang himmatulinsan ambil dari sumber lain seperti artikel dalam iluvislam dan sebagainya.


kepintaran dalam mengatur dan menyusun ayat memang tiada pada himmatulinsan..malu pada pembaca sekalian..maaf lagi sekali..


kadang menulis untuk berkongsi rasa
menulis untuk meluahkan rasa 
rasa yang tetap juga rasa yang berkecamuk
menulis sekadar menghiburkan hati
menulis untuk tatapan semua


yang pastinya kita kena ingat apa yang kita tulis ini akan menjadi bukti amalan kita pada hari perhitungan kelak..kerana itulah perlu berhati-hati dalam menulis..







:: bukanlah siapa-siapa..kurang kemahiran dalam mengukir kata namun teringin sekali berkongsi luahan rasa ::

::maaf ini pun sudah panjang berjela..moga tidak penat membaca::

Popular Posts