Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Thursday, June 28, 2012

Di persimpangan

Assalamualaikum


Di persimpangan
aku keliru
Yang mana harus dipilih
jalan ini atau jalan itu?
peluang sudah terbentang, pilihan yang menentukan.
Antara dua
manakah yang lebih utama?
masing-masing punya kelebihan
tetapi panggilanNya lebih aula
namun, hati berdolak-dalih
meresahkan jiwa untuk memilih
Allah, iringi langkah ini





Wednesday, June 27, 2012

jika benar sayang

Asalamualaikum

Tertarik dengan apa yang telah di tulis dalam buku 'Anakku hidup sekali biar bererti' karya Anwar Nursi yang pernah di 'publish' sebelum ini.

Nasihat sebagai seorang ayah dimana katanya mana mungkin kita ingin mendapatkan penyelesaian daripada Allah kepada masalah yang dihadapi secepat mungkin, sedangkan solat yang ditunaikan bukan diawal waktu'. jadi jangan menyalahkan Allah jika penyelesaian lambat tiba.

Sentiasalah bersama Dia,pasti Dia tidak akan memberatkanmu dengan apa yang tidak kamu mampu hadapi.

Sangat mudah menuturkan saya sayang Allah, saya sayang rasulullah. Memang mudah.

Tetapi dimanakah buktinya? Panggilan Allah dilengahkan, sunnah rasulullah diabaikan..

Astaghfirullahal'azim

Jika benar sayang, sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Tidak perlu berubah secara mendadak, just slow2. bermula dari diri sendiri. Solat diawalkan, jika berkesempatan tunaikan di masjid berdekatan, sunnah rasulullah dihidupkan. Syaratnya hendaklah dengan penuh penghayatan.


Allah lembutkan hati-hati kami untuk dekat dengan-Mu. Jauhkanlah kami dari mensyirikkan-Mu.

Monday, June 25, 2012

Detik yang ditunggu

Assalamualaikum


'Jemput semua kawan2 ke Majlis Perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 3 syawal. Harap semua dapat datang di hari bahagia ini.'


Mesej dari sahabat sekolah lama diterima. Bukan seorang tetapi dua orang pada hari yang sama berlangsungnya perkahwinan mereka nanti!

Sungguh teruja dan gembira mendapat khabar tersebut. Siapa tak gembira kawan yang dulu bersuka duka bersama, kini hampir melangkah ke alam baru, dah matured la maknanya.

Tumpang gembira buat kamu sahabat, semoga tabah melalui detik-detik kehidupan yang baru nanti. Semoga kekal hingga ke syurga sana. amin

Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (Riwayat Tirmidzi)


Barakallahulakum!




Serentak itu, seorang lagi teman lama menyarankan agar bersedia, takut-takut ada yang 'masuk' memandangkan sekarang orang-orang lama lebih memandang kepada karier terutamanya guru dan bakal guru!
Entah apa yang mereka fikirkan rasionalnya.


Jawabnya,  masukla andai kata pintu tu kata 'open', kalau kata 'close' nak buat macamane?. Walau habis diperah tenaga tetap tak terbuka kerana sudah tertulis disitu close,close and close. Don't try to open it. Apa yang boleh di buat hanyalah menunggu sekiranya sabar dan setia yang tinggi mampu menghias dirimu.




semua orang ada prinsip masing-masing.



Monday, June 18, 2012

hari pertama

Assalamualaikum

Hari pertama kuliah semester 4.

dah dapat amanat dari pensyarah yang berbaur ingatan dan pesanan seorang ayah untuk anak-anaknya.

"Ingat mak ayah, nak kawin bagitau ustaz, jaga maruah,kekalkan pelajaran yang cemerlang"

hanya mampu--> ^_^  tersenyum..


subjek baru bagi kami seni dalam pendidikan-muzik.
jakun bila belajar sesuatu yang bukan dalam bidang. Belajar melodi,irama klef (betul ke?) dan lain-lainlah. Ingat waktu sekolah rendah dulu, sekadar salin apa yang guru tulis tanpa memahami, nampaknya setelah lebih 7 tahun baru mengenali makna sebenar. Sesuatu yang baru lagi menyeronokkan.


haram ke muzik dalam islam? (jom cari info sama-sama)

Pelajaran jawi bukan mudah dan tidak susah. Penulisannya bermula dari kanan ke kiri. Ejaan berubah apabila ada perkataan baru yang diserap masuk. Sekarang menggunakan jawi yang telah disempurnakan. Martabatkan jawi sebagai identiti bangsa.






mengenangkan hari ini untuk hari-hari yang akan datang.

Sunday, June 17, 2012

17.6.2012

Assalamualaikum




Tamat sudah cuti semester 3,kini menjelma semester 4. Esok akan bermula.


Semester paling sibuk orang kata sebab banyak aktiviti kena buat; lakonan,seni,pameran, program anak angkat,pbs last..fuuh!


tapi yang lagi penting test JPJ!!...sampaikan result tak terfikir.
kata kawan  " JPJ didahulukan, result dikemudiankan" hahaha..


macam2, walaubagaimanapun harap dapat menjalani semester ni dengan tabah, sabar dan kuat. Dugaan mendatang siapa yang tahu. Semester lepas sudah merasa, semester ini apa pula agaknya?


yang penting jangan fikir, lebih penting untuk bersedia berdepan dengannya.






..tapi hari ini dapat sesuatu..

dpt dr popular..hehe


teringin nak baca,macam best je nasihat dr seorang ayah. first tengok buku ni dalam program bual bicara kt tv. kalau xsilap tv alhijrah..

nak baca lah..pembaca2 sekalian boleh cari dan baca sekali ya.pasti amat bermakna..^_^



ok assalamualaikum.


Popular Posts