Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Wednesday, June 27, 2012

jika benar sayang

Asalamualaikum

Tertarik dengan apa yang telah di tulis dalam buku 'Anakku hidup sekali biar bererti' karya Anwar Nursi yang pernah di 'publish' sebelum ini.

Nasihat sebagai seorang ayah dimana katanya mana mungkin kita ingin mendapatkan penyelesaian daripada Allah kepada masalah yang dihadapi secepat mungkin, sedangkan solat yang ditunaikan bukan diawal waktu'. jadi jangan menyalahkan Allah jika penyelesaian lambat tiba.

Sentiasalah bersama Dia,pasti Dia tidak akan memberatkanmu dengan apa yang tidak kamu mampu hadapi.

Sangat mudah menuturkan saya sayang Allah, saya sayang rasulullah. Memang mudah.

Tetapi dimanakah buktinya? Panggilan Allah dilengahkan, sunnah rasulullah diabaikan..

Astaghfirullahal'azim

Jika benar sayang, sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Tidak perlu berubah secara mendadak, just slow2. bermula dari diri sendiri. Solat diawalkan, jika berkesempatan tunaikan di masjid berdekatan, sunnah rasulullah dihidupkan. Syaratnya hendaklah dengan penuh penghayatan.


Allah lembutkan hati-hati kami untuk dekat dengan-Mu. Jauhkanlah kami dari mensyirikkan-Mu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts