Assalamualaikum
Hari pertama kuliah semester 4.
dah dapat amanat dari pensyarah yang berbaur ingatan dan pesanan seorang ayah untuk anak-anaknya.
"Ingat mak ayah, nak kawin bagitau ustaz, jaga maruah,kekalkan pelajaran yang cemerlang"
hanya mampu--> ^_^ tersenyum..
subjek baru bagi kami seni dalam pendidikan-muzik.
jakun bila belajar sesuatu yang bukan dalam bidang. Belajar melodi,irama klef (betul ke?) dan lain-lainlah. Ingat waktu sekolah rendah dulu, sekadar salin apa yang guru tulis tanpa memahami, nampaknya setelah lebih 7 tahun baru mengenali makna sebenar. Sesuatu yang baru lagi menyeronokkan.
haram ke muzik dalam islam? (jom cari info sama-sama)
Pelajaran jawi bukan mudah dan tidak susah. Penulisannya bermula dari kanan ke kiri. Ejaan berubah apabila ada perkataan baru yang diserap masuk. Sekarang menggunakan jawi yang telah disempurnakan. Martabatkan jawi sebagai identiti bangsa.
mengenangkan hari ini untuk hari-hari yang akan datang.
Keazaman itu mengajar erti sebuah kepayahan dan kesukaran dalam menuju ke destinasi yang diimpikan...
SALAM
Muhasabah Diri
Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Alhamdulillah,sungguh lama jari tidak menari diruangan ini.Rindu semakin menggunung namun sekadar menjengah tika kerinduan hampir memuntahka...
-
AKU HANYA INGIN CINTA YANG HALAL Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ~**~ S ungguh diri ini menyesal Bukan krana ku mengenalmu ...
-
Temanku, Allah menciptakan manusia sama, Dengan sebaik-baik kejadian, Cuma amalan manusia itu berbeza-beza, Ada yang lalai dengan anga...
No comments:
Post a Comment