Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Monday, June 25, 2012

Detik yang ditunggu

Assalamualaikum


'Jemput semua kawan2 ke Majlis Perkahwinan saya yang akan berlangsung pada 3 syawal. Harap semua dapat datang di hari bahagia ini.'


Mesej dari sahabat sekolah lama diterima. Bukan seorang tetapi dua orang pada hari yang sama berlangsungnya perkahwinan mereka nanti!

Sungguh teruja dan gembira mendapat khabar tersebut. Siapa tak gembira kawan yang dulu bersuka duka bersama, kini hampir melangkah ke alam baru, dah matured la maknanya.

Tumpang gembira buat kamu sahabat, semoga tabah melalui detik-detik kehidupan yang baru nanti. Semoga kekal hingga ke syurga sana. amin

Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya: “..3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (Riwayat Tirmidzi)


Barakallahulakum!




Serentak itu, seorang lagi teman lama menyarankan agar bersedia, takut-takut ada yang 'masuk' memandangkan sekarang orang-orang lama lebih memandang kepada karier terutamanya guru dan bakal guru!
Entah apa yang mereka fikirkan rasionalnya.


Jawabnya,  masukla andai kata pintu tu kata 'open', kalau kata 'close' nak buat macamane?. Walau habis diperah tenaga tetap tak terbuka kerana sudah tertulis disitu close,close and close. Don't try to open it. Apa yang boleh di buat hanyalah menunggu sekiranya sabar dan setia yang tinggi mampu menghias dirimu.




semua orang ada prinsip masing-masing.



No comments:

Post a Comment

Popular Posts