Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....
There was an error in this gadget

Saturday, July 14, 2012

last day and i will grab it!

Assalamualaikum,

satu harapan dalam satu perjalanan, harap hari ni adalah hari yang terakhir datang ke sekolah memandu.
Berharap agar dapat lulus dengan cemerlang ujian motosikal nanti. Ni dah kali kedua laa....huu..eh2 xbleh sedih2 kena think positive..=)

Tujuannya supaya senang dikemudian hari lagi2 bila bergelar bakal guru, memang kena jalan sana jalan sini. Kalau takde lesen susah nanti.  macamane nak bawa budak2 sekolah pergi pertandingan?..(jauhnya fikir)..

Terfikirkan macamni, andaikata satu hari nanti masanya(kahwin) itu tiba(in sya' Alla), satu kat negeri lain satu kat negeri lain, payah gitu kalau xpandai kemahiran ni. satu lagi andai antara dua ni sakit susah jugak kalau xpandai nnti.

Mak ayah kt rumah bila nak bawa g jalan2 susah jugak kalo xpandai..xdapat nak gembirakan mereka..huu..

jadi, harap kali ni dapat lulus dengan cemerlang. Duit pun da banyak melayang,duit sape??duit diri sendiri jugak..huk2..bajet pun da lari...

Jangan fikir yang bukan2 laa..in sya' Allah lulus..buat yang terbaik..moga pegawai JPJ tu  tenang je hari tu..xde marah2...peace  =D



doakan saya!!..tq..

Saturday, July 7, 2012

Cukup dalam diam

Assalamualaikum




Jika belum bersedia cukuplah cinta dalam diam,
kerana diam itu satu bukti kesetiaan cintamu hingga saatnya ketemu,
Usah dizahirkan takut murka mendatang,






Buatmu


Apa khabar imanmu?
Semoga terus bertambah meningkat sesuai dengan usia,


Bagaimana dengan solatmu?
Ku harap engkau menjaganya setiap waktu,
Memperbaiki selalu
Agar dapat engkau mengetuaiku
Saatnya ku dibelakangmu


Apa khabar amalmu?
Moga seiring dengan imanmu
Ketahuilah iman bertambah dan berkurang 
moga kau dapat mengurusnya dengan baik


Aku juga sedang memperbaiki diri
yang mana tercarik
yang mana terkopak
yang mana menjadi lubang


Aku ingin meminta maaf padamu
kerana kadangkala hati ini
berdolak dalih,berdeta kerah yang lain
sungguh ku bimbangi ia menuju ke arah persimpangan yang salah


Oleh tiu, ku harap dapat bertemu dengan mu
bukan sekarang
bila tiba saat yang tepat
harap diri ini bersabar
berjuang dengan ujian
yang menguji keimanan



Memangnya ia fitrah,
rindu dan merindui,
pada yang dikasihi,
namun siapakah dia
yang aku rindui juga yang merindui ku?
...


Popular Posts