لا اله الا الله العظيم الحليم, لا اله الا الله رب العرش العظيم, لا اله الا الله رب السموات ورب الارض رب العرش الكريم.
La ilaha illallahul'azimulhalim, la ilaha illallahu robbul'arsyil'azim, la ilahaillallahu robbussamawati warobbulari robbul'arsyilkarim..
Maksudnya:"Tidak ada Tuhan kecuali Allah yang Maha agung yang Maha Lembut, tidak ada Tuhan selain Allah yang memiliki 'arasy yang agung, tidak ada Tuhan selain allah,Tuhan (pengurus) langit dan bumi, dan Tuhan 'Arasy yang agung."
Kesusahan boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Tidak ambil peduli siapa sasarannya dan menyerang sesiapa sahaaja. Kadang kala, ia datang tanpa diduga. Ditengah kebahagiaan yang kita rasakan ia muncul tiba-tiba. Menghenyak perasaan. Kita seakan tidak percaya dengan kenyataan yang ada.
Kita tidak bersedia menghadapi kesusahan. Jangankan yang tiba-tiba, kesusahan yang telah dijangkakan bakal timbul pun belum tentu dapat kita tangani. disinilah perlunya, sifat berhati-hati dan keteguhan seseorang dalam menangani sesuatu kesusahan.
Yakinlah, Allah s.w.t tidak akan menurunkan kesukaran kepada kita,jika kita tidak mampu menyelesaikannya. Ujian yang turun bertubi-tubi kepada kita, membuktikan Allah s.w.t sayang kepada kita. sehingga, kita menjadi sentiasa dekat dengannya. Mudah-mudahan dengan kesukaran yang dihadapi, akan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t. Bukan sebalinya, berburuk sangka kepada Alalh s.w.t. Na'uzubillahi min zalik.
::Adiba Yasmin.(2011).Koleksi Doa Khas untuk Wanita.Selangor. Al-Hidayah Publications::
No comments:
Post a Comment