Assalamua'alaikum..
Maafkan aku,
Bukan niatku mengganggu hidupmu,
ketahuilah aku insan yang lemah,
lemah pada setiap godaan,
Maafkan aku,
bukan niatku untuk melukakanmu,
tapi ku ingin kau menyedari
apa yang dilakukan itu salah
Dia tak sukakannya
Makhluk lain juga tak sukakannya
Maafkan aku,
kerna aku lebih takutkan azabNya
dari nikmat dunia
Maafkan aku
Aku tidak ingin dirimu lemah,
hanya kerana wanita
hanya kerana tuntutan nafsu semata,
Maafkan aku,
aku tidak mahu menjadi punca
jatuhnya seorang imam,
yang amat bernilai harganya
Ketahuilah,
Sesungguhnya dirimu sedang diuji,
Sedarilah,
Musuh itu sedang ketawa,
Melihat jatuhnya seorang imam
Allah,
ampuni kami,
jauhi kami dari segala fitnah
yang mampu memusnahkan jiwa kami
:::::::.......:::::::::
Keazaman itu mengajar erti sebuah kepayahan dan kesukaran dalam menuju ke destinasi yang diimpikan...
SALAM
Muhasabah Diri
Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Wajah mereka ditatap dengan penuh kasih dan sayang, Walau tiada pada zahir, batinnya hanya Dia yang tahu, Wajah yang telah banyak bersusah-p...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Alhamdulillah syukran jazilan Ya Allah diberi kesempatan menyertai program ha...
-
“Kepada calon PJ3311 dan PA3311 masa menjawab sudah tamat,sila berhenti menulis”. Kedengaran pengumuman daripada pengawas peperiksaan untuk ...

No comments:
Post a Comment