Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Monday, June 27, 2011

kenduri+lelaki?+doktor=senyumlah

Assalamualaikum...

:::.Kenduri.:::


Alhamdulillah..diberi kesempatan untuk memenuhi jemputan seorang sahabat ke majlis kenduri sambut menantu setelah pelbagai onak dan duri ditempuhi...(erk..ye ke..?).Berbekalkan kad undangan yang tertera peta akhirnya sampai juga ke destinasi..selain dapat penuhi hasrat sahabat,kami juga berkesempatan mengenal tempat2 di sekitar daerah Batu Pahat ini..

Maka bersatulah 4 hati insan-insan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka...dua pasangan disambut serentak..meriah majlisnya dalam dewan..barakallahulakuma wabaroka'alaikuma wajama'a bainakuma fikhair...merasa juga nasi minyak johor..semoga tabah menempuhi alam rumah tangga..senyum kami mengiringi perjalanan pengantin yang beramah mesra dengan pengunjung yang hadir..^___^

:::.Lelaki.:::



"Saya suka tengok lelaki yang 'rock'2 masuk kedai macam ni"

Erk..itulah luahan seorang sahabat yang gembira apabila melihat lelaki yang agak 'rock' dengan rambut yang mencacak masuk ke dalam kedai buku islamik..Dilihat dirinya khusyuk meneliti buku-buku dan cd yang dijual disitu dengan iringan dendangan nasyid yang mendamaikan..

Ya benar..terasa damai..siapa kata hanya lelaki yang pakai kopiah sahaja atau yang nampak baik sahaja boleh menjejakkan kaki ke dalam kedai-kedai sedemikian?...xde sape yg kate kan..alhamdulillah semoga 'dia' dan mereka diluar sana terus terpaut pada tempat-tempat yang boleh membawa kepada sinar hidayah kepada diri mereka sendiri..Allah..bantu mereka..sinari lorong yang mereka tempuhi...

Kami tersenyum dengan hati berbunga riang keluar dari kedai buku tersebut...^__^

:::.Doktor.:::


'isy, macam kenal..'
"nurul, kenal tak orang tu?..saya rasa mcm kenal je.."
"ha'a la..saya pun rasa mcm kenal die..sape ek?..lupe la plak.."

mata saling bertentangan, terus senyum terukir..'hem..sape ye?'
masing2 terfikir2 siapa la yang pandang-memandang ni...

tiba-tiba..

"eh,kita kenal kan..awak ada masa saya houseman hari tu?"..si dia bertanya.
'Housemate?..bila plak tinggal serumah ni?'..getus Nor.
"Eh, doktor kan?"Nurul bersuara tiba-tiba.
"Oh ye, doktor..dah ingat patut la rasa macam kenal..Nurul pernah tinggal kt wad hari tu..doktor yang rawat.."Nurul menyambung.
"Ha'a betulla."doktor itu mengiakan tanda mengingati kami..mungkin..hee

ya..dialah doktor yang merawat Nurul ketika Nurul dimasukkan wad satu ketika dahulu..terimbau kembali kenangan saat berada di sana..Nor seolah-olah seperti 'nurse' ketika menjaga Nurul kerana bukan sahaja membantu Nurul,dia juga membantu nenek dan seorang makcik yang turut ditahan di wad yang sama duduk di kiri dan kanan katil Nurul..Segala bantuan yang diperlukan oleh mereka dipenuhi Nor kerana ketiadaan anak-anak 2 orang makcik yang bekerja sebelum datang kembali menemani 2 orang ibu ini..

bagaimana agaknya kesihatan mereka sekarang?..harap2 sihat walafiat..terkenang kembali saat kami nak tinggalkan wad itu, tak sanggup rasanya meninggalkan mereka yang walaupun tiada aliran air mata yang terzahir namun reaksi muka mereka sudah cukup untuk menunjukkan mereka sedih seolah-olah tidak mahu membenarkan kami pulang..Namun apakan daya kami, kuliah perlu dihadiri..sehingga kini tiada khabar berita mengenai mereka..Ya Allah kurniakan kekuatan dan ketabahan kepada mereka dalam menempuhi ujian ini...

berbalik kepada doktor tadi..dia seorang doktor yang kami kagumi..doktor muslimah..sangat baik..insyaAllah jika semua doktor sepertinya pasti bertambah sihat pesakit yang ada..hehe..^___^


last but not least, tersenyum riang mencari-cari dimana letaknya kereta lantaran ramainya pengunjung dihujung minggu ni...tersenyum??...hemm...haha..alhamdulillah selamat sampai ke institusi...terima kasih Ya Allah kerana telah melancarkan perjalanan kami dan menemukan kami dengan orang2 yang mampu membuatkan kami tersenyum...semoga hari-hari mendatang terus membuatkan diri tersenyum walau dalam gundah...^___^



*houseman : doktor pelatih yang bertugas di bawah pengawasan pakar..
*senyum lagi..kau tersenyum, ku tersenyum kemesraan menguntum..
*senyum, tak perlu kata apa-apa..^__~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts