Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Monday, January 16, 2012

Amanat baru..

Assalamualaikum w.b.t..(jawab salam tu..=) )

Tak lama lagi Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) peringkat IPTHO akan diadakan. Seperti biasa perjumpaan rumah sukan akan diadakan untuk memilih jawatan tertinggi bagi tahun ini. Dan sekali lagi ditakdirkan untuk bersama rumah biru(bayan) setelah 2 tahun bersama. Masihkah diri setia??..hehe

Alhamdulillah tahun lepas dapat sumbangkan 2 pingat untuk rumah bayan menerusi acara rentas desa dan juga 800 meter. Sesuatu yang sangat tidak dijangkakan. Alhamdulillah rezeki Allah yang Maha Pemurah bila diri ingin merasa diri dipanggil dipadang seperti post yang sebelum ini.Allah sungguh Allah sangat mengasihi hambanya.

Disebabkan sumbangan itu juga, terasa diri menjadi ayam tambatan untuk tahun ini oleh pelbagai pihak.  Ramai yang meminta agar diri menyumbangkan sedikit mata untuk rumah bayan tahun ini. Namun, entah mengapa tahun ini terasa tiada semangat untuk menyumbang kepada rumah sukan  ini.

Kadang, rasa takut kerana semua terlalu bergantung harap (mungkin perasaan saya sahaja). Bimbang juga riyak menguasai diri bila orang puji untuk naikkan semangat. Natijahnya hilang rasa kesyukuran dan fikiran bahawasanya Allah yang banyak membantu. Sungguh tahun ini terasa berat ingin menyertai apa-apa acara. Bukan sekarang baru fikirkan tetapi semenjak cuti akhir tahun lepas. Tak risaukan result dan pointer tetapi risaukan penglibatan dalam KOT.

Mungkin tahun ini boleh skip rentas desa dan acara padang sebab pagi tadi nama telah dicalonkan sebagai bendahari rumah sukan!..Teramatlah terkejut dan mencari-cari sape yg bagitau nama..ish3..(dah tau pun)..xpe2 xmarah pun..ada hikmah la tu..^_^

Kalau dah nama bendahari, faham-faham jela bersedia fizikal dan mental menghadapi ahli yang susah nak bagi yuran..Ya Allah permudahkanlah..bila yuran tak semua bayar bajet makanan dan hiasan maskot dan rumah terjejas..tak mahu kes-kes terdahulu terjadi iaitu bila duit xcukup ramai xpuas hati dengan makanan yang disediakan..tak sdapla,tak padan dgn yang bayar la..siapa yang kena?..bendahari jugak.. Masalahnya ramai xbayar tp nak makanan..macamne tu? Allahuakbar..permudahkanlah pekerjaan kami..


Lama dalam kelas baru teringat yang saya juga bendahari bagi Pergerakan puteri islam..memang muka bendahari la..kemungkinan xterlibat acara sebab nak uruskan banyak perkara nanti..tapi kawan2 galakkan ambil acara..ooh mana satu ni??...takut tak mampu nanti...sungguh rasa xlarat akhir-akhir ni,cepat mengah..(fed up ke?)..

Ya Allah permudahkanlah urusan kami,sesungguhnya tiada kemudahan yg kcil melainkan Engkau permudahkannya..Lembutkanlah hati mereka..jentiklah sifat kematangan dalam diri mereka,suburkan semangat dalam jiwa mereka amin..



BAYAN GO,BAYAN GO,BAYAN GO GO GO! ^_^

No comments:

Post a Comment

Popular Posts