Hampir seminggu bekalan air di asrama berkurangan. Sekejap ada,sekejap tak ada,sekejap ada,sekejap tak ada..dah macam chipsmore dah. Kalau dah tak ada air, memang kalut.Bising dengan bunyi derapan selipar berlari-lari mencari air.
Pemandangan yang tak boleh lupa bila satu hari semua blok tak ada air. Satu pili je yang keluar. semua beratur dengan baldi yang pelbagai saiz dan warna menanti giliran. Macam zaman-zaman dulu. Ada yang pergi mandi kat blok kuliah dengan segala bagai peralatan dibawa. Sesekali seronok jugak tengok suasana macamni tapi xsempat pulak nak ambil gambar orang beratur. Kalut punya pasal dan teruja cari air kan..hehehe..
Air.air..memang satu keperluan dalam kehidupan seharian. Bagi yang tak biasa, lagi kesian muka dah berkerut-kerut memikirkan cara dapatkan air. Dugaan hidup. Kadang-kadang bila jadi macamni baru rasa nak bersyukur. Sebelum ni sukahati je
Teringat kat kampung, asal akhir tahun je air takde,api xde..*api elektrik ye bukan api untuk bakar sampah tu.*padahal selalu hujan dan banjir sebab angin monsun timur laut masa tu. Hemm mungkin paip bukit pecah..akhirnya satukeluarga dengan kawan-kawan pergi mandi kat kolam.Tempat air bukit turun. teramatlah ssejjuk! Jadi mandi sikit-sikit pun xpe. Tapi bila dah nama budak-budak memang lama la main air..suke3!! @_@
Alhamdulillah, dah ada air sekarang. Harap tak putus pulak macam sebelum ni.Yang pasti bila dah ada air ni jimat-jimatlah ye. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan. Semoga penglaman ini meninggalkan 1001 memori berada di asrama. Senyum,hidupmu pasti ceria!
No comments:
Post a Comment