Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Tuesday, January 11, 2011

Toyyib..jayyid..tahniah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah syukran jazilan Ya Allah diberi kesempatan menyertai program hari ni yang sarat dengan ilmu.
Program Perbandingan Agama oleh Tn Hj Mohd Tawil b. Hj Sakir, seorang pesara guru yang telah berjaya mengislamkan beratus orang kristian di Malaysia terutamanya di Sabah Sarawak
Penerangan yang cukup mudah untuk kita berdakwah dan mengajak orang bukan islam untuk 'revert' yakni kembali kepada agama asalnya : Islam. Selautan rasa bangga buat Tn Haji..kerana berjaya membawa mereka kembali kepada islam.Bukan senang nak bawa mereka..kalau sorang da rasa sgt2 gembira inikan pula beratus.Betapa Allah Maha Berkuasa memilih perantaraNya untuk membawa kembali makhluknya ke jalan yang benar secara bijaksana..
Memang benar terkadang terbit rasa kasihan pada golongan bukan Islam kerana mereka tahu adanya Allah namun mereka silap kerana menyekutukanNya..Walhal dalam Al-Kittab tersebut jelas tuhannya Allah dan bukannya Isa mahupun yang lain.
Kata Tn Hj kita nak dakwah orang bukan Islam ada 2 cara iaitu bilhal (kita amal Islam, dia tengok dan ikut) dan dengan cara berdialog. Katanya sebaik-baik cara adalah dengan bilhal. Memang benar katanya tambahan pula pada yang menuntut ilmu bersama bukan Islam..Kesempatan ini perlu diambil untuk mengajaknya kearah Islam dengan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. 
Namun apa yang dapat kita lihat orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan Islam dan ada dalam kalangan muallaf yang mengatakan bahawa mereka kembali pada Islam bukan kerana melihat akhlak umat Islam tetapi kerana hidayah itu datang dengan sendirinya daripada Allah S.W.T. Kita boleh  lihat sendiri akhlak umat islam sekarang..Bagaimana kita mahu menerangkan pada muallaf untuk memakai tudung sedangkan umat Islam sendiri yang tidak melaksanakan tuntutan agama itu..Penghayatan dan amal pada ajaran islam itu penting sebenarnya bukan sahaja sebagai tanda ketaatan kita kepada Allah, Rasulullah, diri dan keluarga bahkan masyarakat amnya.
Seperti yang kita ketahui ramai umat islam masuk kristian terutamanya bagi pelajar islam di IPT.PIihak kristian melakukan berbagai cara untuk menarik umat Islam keluar dari agama Islam dan menganut agamanya. Sebagai contoh, mereka akan memberikan sumbangan kepada keluarga Islam yang miskin dan bermasalah melalui cara mereka yang mungkin akan menerbitkan rasa bangga umat islam pada agamanya. selain itu belia lelaki diaar untuk menggoda belia perempuan dan sebaliknya. Ada juga yang mengedarkan risalah2 mengenai agama mereka ke bilik2 pelajar islam di IPT..Pelbagai usaha mereka lakukan semata-mata untuk menarik umat islam kepada agama mereka.
Dalam seminar ini juga, saya dapat mengetahui asal Holy Water. Kata Tn Haji air Holy Water adalah air yang dibuat ditengah-tengah gereja. First diambil tempayan besar dan diletakkan ditengah gereja. second, diletakkan air paip dan miyak zaitun..Kemudian dibacakan bacaan dalam agama mereka.
Kita juga dikejutkan dengan air yang dikatakan jika kita minum akan menyebabkan tidak dapat menyebut kalimah syahadah suatu ketika dulu. Kata Tn haji air itu sebenarnya air sihir yang berasal daripada anjing hitam yang direbus dalam kawah. kemudian dibacakan mantera dan disihir serta ditapis menjadi air suling.sungguh dahsyat..nauzubillah Ya Allah jauhilah kami daripada perkara yang boleh menjatuhkan iman kami padaMu.

ok..got to go..ziarah sahabat sakit..doakan semoga kita semua diberi kesihatan dan juga kemantapan iman dan kefahaman mengenai agama suci ini..AGAMA ISLAM...
'ISLAM IS THE BEST OF BLESSING'

No comments:

Post a Comment

Popular Posts