Keazaman itu mengajar erti sebuah kepayahan dan kesukaran dalam menuju ke destinasi yang diimpikan...
SALAM
Muhasabah Diri
Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....
Friday, July 15, 2011
Doa untuk dia..
Allah,
aku tidak kuat dalam menghadapi ujianmu
mengapa engkau hadirkan dia
walau telah ku ingatkan diri
bahawa cinta dunia hanya akan melekakan
jika bukan berlandaskan jalan yang benar
Allah
Hanya Engkau Yang Mengetahui
Tingkat kemampuanku dalam menghadapi ujianmu
kerana pastinya
Engkau akan menimpakan ujian itu
sesuai dengan kesanggupan hambamu
namun Ya Allah
jika ujianMu bertali arus
aku tidak mampu
kerana aku bimbang iman
yang kupunya ini hanyalah senipis kulit bawang
malah mungkin lagi nipis dari itu
Allah
pandulah dia
titipkan rasa kehambaannya padaMu
kuatkan hatinya
jangan biarkan ia rebah
hanya kerana hasutan syaitan
Aku menyayanginya
hanya keranaMu
selamatkan dia Ya Allah
dari anasir-anasir kotor
semoga dia lebih kuat dalam menghadapi mehnahmu
Aku tidak mahu
menjadi punca kepada lemahnya seorang imam
aku tidak mahu menjadi bahan fitnah
yang merosakkan imannya
perkara yang sering dibimbangi oleh Rasulullah
fitnah wanita buat lelaki
dia insan yang soleh
kutahu malah Engkau Lagi Mengetahui akan itu
Jagalah dia untukku
jika benar dia untukku
Jagalah juga dia
walau dia bukan untukku
semoga dia terus kuat
dalam meniti mehnah dan tribulasi
yang sering menggoncang iman
manusia yang sering terlupa
Ampunkan diriku Ya Allah
jika kehadiranku didunia ini
telah menggugat insan lain
jauhi aku dari sebarang fitnah
dalam sedang ku menghirup nafas
juga setelah tiadanya nafas buatku lagi
ighfirli Ya Allah...
*astaghfirullahal'azim...
*Ya Allah kuniakan kekuatan sepanjang perjalanan ini...
~tuan-1.50 pagi,16/7/11~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
27 Rejab 27 Mei Sudah lama meninggalkan blog ini, praktikum, exam tanggungjawab masyarakat semua mengisi ruang waktu bimbang benar...
-
Assalamualaikum Jika belum bersedia cukuplah cinta dalam diam, kerana diam itu satu bukti kesetiaan cintamu hingga saatnya ketemu, Usah...
-
Assalamualaikum, Hampir seminggu arwah meninggalkan kami, pergi menyahut seruan Ilahi, In sya' Allah diterima disisi-Nya, seg...
No comments:
Post a Comment