Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Wednesday, March 28, 2012

Semoga tenang hatimu,
indah akhlakmu,
merindukannya,
dalam sepi kehidupan,
moga sentiasa dalam rahmatNya,
menjaga hatinya buat yang selayaknya,
hingga saat lafaz sakinah dituntun.

=.="

Monday, March 5, 2012

Pergilah..datanglah..

Assalamualaikum..

Pergilah kekusutan datanglah ketenangan
pergilah kelemahan datanglah kekuatan
pergilah kekacauan datanglah kedamaian
pergilah kemarahan datanglah senyuman
pergilah kemaksiatan datanglah kemanfaatan


jiwa kacau..astaghfirullahal'azim..

Friday, March 2, 2012

Thank u

Assalamualaikum w.b.t

Hampir sebuln stgh meninggalkan blog ni, sekadar menjengah jenguk sahaja. Maaf bagi yang lawat2 tapi takde post terbaru.

Memang tidak dapat dielakkan, minggu ni teramat sibuk dengan pengurusan Sambutan Maulidurasul peringkat IPGKTHO, Sambutan Maulidurasul Sek Agama Seri Beroleh, pengurusan untuk rumah sukan merentas desa dan juga Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTHO. Tak lupa juga Perbarisan Unit Beruniform PPIM..

Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan segala masalah dapat diselesaikan dengan bantuan dari Yang Esa..Sesungguhnya benarlah, tiada kemudahan yang kecil melainkan Dia yang memudahkannya..Kita merancang, Allah juga merancang tapi perancangannya sangat HEBAT..Masyaallah

Namun, disebalik kesibukan ini, terselit rahsia dariNya, ujian untuk hamba-hambanya membahagikan masa dengan sebaiknya. Apakah bila diri disibukkan dengan hal-hal demikian, segala jadual waktu sebelum ini tergendala? Sebagai contoh kalau sebelum ini solat di awal waktu, tetapi bila disibukkan begini solatnya dimana?..apakah awal, tengah atau akhir?..jom reflek diri..walhal sibuknya kita tidaklah sesibuk Nabi yang menyebarkan dakwah, berperang dan memikirkan umatnya..astargfirullah..

Juga syukur dipanjatkan kepada Allah, kerana dakwah turut ditemukan dalam kesibukan apabila pihak jurugambar IPGKTHO merakam gambar yang tersangat cantik, gambaran suasana di padang yamng mana melihatkan gula-gula kapas berwarna putih(awan) di langit yang cerah..subhanallah tiada yang lebih indah melainkan daripada ciptaanNya.. sedikit sebanyak menyedarkan kami yang leka dengan kekuasaanNya Yang Maha Menciptakan..

Begitulah dalam kesibukan kita, Dia masih merindukan kita..Sedarilah Dia sentiasa memerhati dan menjaga kita walau kemana kita melangkah, dalam kita sedar atau pun tidak.. Masih belum sedarkah kita?..

fikir-fikirkan..Tahnk You Allah..=)

Popular Posts