Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Thursday, May 17, 2012

Kisah itu.



Isnin 14/5/2012


11.30 pg : 
Kita : Kak, orang exam petang ni.Doakan ye,berdebar-debar jantung macam nak luruh dah..hehe.
Akak : Ye buat elok2. in sya' Allah boleh buat. Oh ye, nenek tak sihat. Tak nak makan 2 3 hari dah.Tak tahu la tengok gaya macam dah nak pergi.
Kita : oh ye ke, ish ape cakap macam tu,tunggu kita balik dulu.




5.30 petang :
Kita : Mak,kita dah habis exam tadi.
Mak : Mak dah takde dah.(meninngal)
Kita : (sepi seketika)..Innalillahiwainnailaihiroji'un. ye ke.nak balik.camane ni nak balik.
Mak : tak tau la nak kata.Nanti ada exam lagi kan. Lagipun jauh Johor dengan Terengganu.






Begitulah, serba sedikit dialog yang berlaku pada hari tersebut. Hari dimana arwah nenekku kembali ke rahmatullah. Saatnya tiba jua tidak terlambat walau sedetik tidak tercepat walau sesaat. Di ambil tanpa perlu menunggu sesiapa kerana Dia Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan berhak untuk 'mengambil' bila-bila masa sahaja.

Sungguh, sayu rasanya hati tetapi Redha itu perlu. Suatu ketika, kami memandikanmu, menghiasi dirimu, menyuapkanmu,membersihkan dirimu,bergurau senda denganmu dan bermacam-macam lagi setelah engkau tidak mampu lagi mengurus diri.

Masihku ingat, ketika sihat arwah seorang yang sangat rajin dan menyayangi cucu-cucunya. Selalu masak dan buat kuih yang best2. Contohnya kuih hijau,bahulu tepung bungkus...sedaap). Kalau kuih tak habis, kirim kat cucu-cucu balik makan dengan keluarga. KAdang-kadang rezeki murah, dikongsi sedikit wang kat cucu-cucu. Paling ingat, arwah memang awal menunaikan solat terutamanya waktu subuh. setengah jam sebelum masuk waktu subuh, arwah pasti bangun.Selesai solat, arwah akan mengejutkan ahli keluarga yang lain. Alhamdulillah.

Kini kau tiada lagi. Kenangan itu berlegar-legar di mindaku lantas kesedihan menyelubungi hati. Dikuatkan hati agar tidak terlalu mengikut perasaan. Ingatan perlu disemat bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati :Kullu nafsin zaiqotulmaut. Cuma masanya tak tahu bila dan bagaimana caranya. Esok,lusa,bulan depan atau tahun depan atau mungkin juga sebentar lagi? Oleh itu, persediaan itu perlu. Beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan menemui-Nya esok.

Alhamdulillah, sempat menunaikan tanggungjawab sebagai cucu, sedikit bacaan Yasin dan tahlil kat masjid IPG. Syukran kepada semua yang telah menghadiri. Semoga amalnmu diterima disisi Allah S.W.T.

Al-Fatihah buat arwah.
               

No comments:

Post a Comment

Popular Posts