Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Tuesday, December 14, 2010

Layakkah aku...???

Layakkah aku??
mengemudi melayari duniaMu
bersama selautan rasa kenikmatan
sedang diri lagi hina dan dina
terkapai-kapai
mengharungi arus bergelora
yang hanya ingin menguji
tinggi dan rendahnya
pohon ketabahan dan kegigihan




Layakkah aku??
memikul amanah yang Kau anugerahkan
sedang diri masih tercari-cari
menelusuri jalan yang gelita
keliru dengan arah cahaya
dimana terangnya 
mengapa samar yang dirasa




Layakkah aku??
menyambung perjuanganmu Kekasih Allah
menyeru yang lain 
sedang diri terasa layu 
tanpa baja dan tenaga 
yang bisa meneguhkan akar

yang bisa membuahkan pucuk




Layakkah aku??
menggelarkan diri 
anak yang soleh juga solehah
sedang darah mereka yang segumpal 
sering terhiris
memancutkan isi kecewa 

meleraikan segunung harapan
lantaran tajamnya lidah
lantaran pantasnya kelakuan
akal dan minda dibiar basi

tanpa dihangat




Layakkah aku??
dipanggil sebagai saudaramu
sedang dirimu ku abaikan
tanpa bisikan 
tanpa panggilan
membiarkan apa yang dilihat
membiarkan apa kau laku
ooh..lemahnya aku






Layakkah aku??
menghuni hati seorang insan
yang telah dicipta bagiku
dengan sepenuh kebaktian
sedang diri 
masih jahil menilai 
mana yang hak
mana yang batil




0oh diri...
carilah tempat keberadaanmu
dibawah pohon yang matang lagi kukuh
berasaskan sumber yang pasti...




* hayya bersama-sama muhasabahkan diri..(^_^)





No comments:

Post a Comment

Popular Posts