Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Thursday, May 26, 2011

Hujan..

Assalamualaikum...

Sambutan hari guru peringkat kampus berjalan dengan lancar..namun kekecewaan menjalar dalam diri bila wujudnya agenda-agenda yang tidak sepatutnya..hujan membasahi bumi dipagi jumaat yang penuh barakah...tanda 'menyambut' aktiviti dihari barakah...mungkin....tiada siapa yg tahu..hanya Yang Khaliq sahaja yang mengetahui setiap kejadiannya...

Friday, May 20, 2011

pujuk...

bila kita rasa ragu2 dengan diri untuk menjadi ustaz/ustazah, cepat2 tanya pada diri mengapa Allah pandukan kita sebagai seorang pendakwah? kadang2 kita rasa kita xmampu untuk memikulnya, mungkin ini berikutan dengan zaman silam kita yang lalu di sekolah menengah kita seorang yang nakal, yang suka bersosial, yang suka bercakap2 kasar dan kotor, bergaul bebas dan ikhtilat yang pelbagai rupa. namun, sebenar2nya adalah ada sesuatu di dalaman diri kita yang Dia mahu kita serlahkan sebagai seorang pendakwah dan berterusan memperhebatkan kekuatan diri dalam berdakwah. zaman kini, mad'u yang kita hadapkan adalah pelbagai fe'el dan ragam. fikirkan itu sahaja tatkala kita terasa goyah dengan mehnah2 sebagai seorang da'ie, insyaAllah semangat jihad itu akan membara kembali.

p/s: saya yakin ramai yang diantara kita berpendapat/berperasaan begini. kerana saya pun begitu juga.





*terima kasih Allah menitipkan kata2 ini melalui hambaNya yg terpilih...

maksiat??..cara tinggalkannya...



"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."


Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.


Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.


"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.


1)Menjaga Mata; Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.


2)Menjaga Telinga; Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."


3)Menjaga lidah; Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.


Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.


4)Menjaga perut; Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.


5)Menjaga Kemaluan; Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.


6)Menjaga Dua Tangan; Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.


7)Menjaga Dua Kaki; Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.


Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.



Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.


Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.


Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan


Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - -


"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)





copypaste dr peace4islam

Kasihan dia..


Mestikah sempurna??
Dia tak minta..
Cuma mungkin itu satu peluang baginya..
Kenapa hanya perlu tengok dia?
tak kasihankah pada dia?
Dia dah berusaha..
tapi syaitan tu..
memang kuat hasutannya
sampai dia terleka
gembira dalam ruangan wangi
syurga dunia..
sampai yang lain melihat
dia teruja
kerana sebelumnya
dia sunyi keseorangan
tanpa perhatian
tapi sebenanrnya
dia tahu apa yang sepatutnya
perkara yang sepatutnya dia buat
tapi dia tak mampu
bukan tak berusaha
dah berusaha
bukan juga putus asa
tapi dia sebenarnya
berdepan dengan  satu perkataan
yang menghantui hidupnya
iaitu "KECEWA"
kasihan dia
tiada siapa yang mengerti
entah apa yang akan terjadi selepas ini..

Sia-sia..


Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Wednesday, May 18, 2011

Wahai Diri...

1. Wajibkan QIAMULAIL untuk dirimu kerana ianya adalah bekalan untuk mu dari sumber mata air yang tidak pernah kering

2. Bacalah AL-QUR'AN setiap hari kerana ia membuatkan hatimu sentiasa mekar, lunak dan hidup

3. Cubalah BERPUASA setiap hari Isnin dan Khamis kerana ianya membina suatu daya ketahanan yang kuat dalam melawan nafsumu

4. Bacalah BUKU ISLAM kerana ia akan membuatkan fikiranmu tajam, pandanganmu jauh dan fikrahmu mantap

5. BERMUZAKARAHLAH dengan sahabat-sahabatmu dalam perkara yang meningkatkan mutu 'amal dan da'wah; dan BERMESYUAWARAHLAH dengan mereka dalam tindakan-tindakanmu semoga setiap perkara yang dilakukan adalah di dalam lingkungan Amam Jama'i yang lebih luas dan lebih dicintai Allah dari Amal Fardi (perseorangan

6. REBUTLAH PELUANG untuk bertanya dan berbincang dengan saudara2 yang berfikiran luas, tajam dan kritikal; serta ustaz2 yang banyak pengalaman agar dirimu dapat menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang tidak dapat kamu perolehi dari pembacaanmu

7. Jagalah AMALAN SUNATMU agar kamu dicintai Allah--sunat Rawatib, Dhuha,Witir dll

8. PERBANYAKAN AMAL DARI BERCAKAP kerana bercakap tanpa amal adalah termasuk dalam hal-hal yang tidak bermanfaat lagi membuang masa

9. UTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRIMU walaupun dirimu dalam keadaan susah;kerana itu adalah hal-hal yang utama di sisi Allah yang akan melepaskan kamu dari kesusahan di Akhirat

10. Jagalah AKHLAKMU kerana manusia akan tertarik denganmu bukan kerana kepetahanmu bercakap atau ketinggian pangkatmu, tetapi kerana akhlak,kesungguhan dan pengorbananmu.

11. Jagalah MASAMU dengan baik, kerana MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN; ia ibarat PEDANG yang akan "memotongmu jika kamu tidak menjaganya" Janganlah kamu membuang masa dalam hal-hal yang tidak berfaedah Buatlah jadual harianmu semoga setiap urusanmu teratur dan terancang

12. Akhir kata, WAHAI DIRI, BACALAH TAZKIRAH ini setiap hari dan AMALKANLAH ianya di dalam kehidupanmu...Dengan itu agar kamu akan menjadi INSAN RABBANI



sumber: peace4islam

Saturday, May 14, 2011

Scotts Emulsion..

Assalamualaikum..

haa sape pernah tengok iklan scotts emulsion dlm tv boleh bayangkan ek kotak ngan isinye mcmmane..sbb mals nk upload..lalala...ade dua jenis yg putih ngan orange..pastinye yg orange lg sedap dan lg cepat habes dr yg original punye...hohoho....alkisahnya..

"Exam dekat dah ni...minum scott la.."
"erk??!!...scott??...ee..xnak la...anti ubat air2 ni..."
"Sedap la..ambik yang perisa orange tu..elok mende tu..baik pegi beli.."

ohh..demi teman-teman dan tuan punyer badan, beli je la...nak beli yang kecik tiba-tiba terpengaruh plak ngan salewoman...hohoho..besar la yg dirembat..

tiba detik nak makan buat pertama kalinya...first impression :
1) warna..cantik
2)botol...comel
3)kecairan...agak pekat
4)bau..bau orange  (^___^)

hemm...mcm cukup sifat je...tipikal bukan abnormal....ngeee...so sedia..sedia...nak masuk mulut dah....
1...2....3....cubaan pertama minum sikit dah la....keh3.....hemm..sedap jgak la...air kosong terus diteguk lepas tu...agak2 menjadi ke kalo minum ubat terus minum air kosong??....hohoo..insyaAllah menjadi penawar yang lagi berkesan...

alhamdulillah, esoknya dah ok sket..tahan je la makan scott tu..ase cam kanak-kanak pon ade..huuu...papepun double triple alfun tenkiu kt sahabat2 sbb dah nasihat saya si budk comel yg buat2 degil nih...haha..wekk..comella sgt..huuu..not bad la rasa die..boleh makan tuk seterusnya...mekaseh2...^___^

kalo ade sape2 rse xsedp bdan tu bolehla makan scott ye..xbyk pun 3 kali sehari 1sudu(15ml)..sikit je tu..yg penting kesihatan kena jaga...lg2 dekt exam ni...exam??...oh tidak..khamis ni dah start exam..tp ape benda yg ade lam minda ni pun xtau la...asyik pk org umah aje...huu...

papepon..semoga berjaya, goog luck,  ma'a taufiq wannajah fi imtihan wa hayah...(^__________^)
jum study!!!.....
Allah permudahkanlah..terangi hati-hati kami...

Tuesday, May 10, 2011

Siapakah yang layak menjadi pemimpin?

Kita tidak mensyaratkan bahwa yang berhak mendapat tsiqah kita adalah pemimpin yang berkapasiti sebagai orang yang paling kuat, paling bertakwa, paling mengerti, dan paling fasih dalam berbicara.

Syarat seperti ini sangat sulit dipenuhi, bahkan hampir tidak terpenuhi sepeninggal Rasulullah saw. Cukuplah seorang pemimpin itu, seseorang yang dianggap mampu oleh saudara-saudaranya untuk memikui amanah (kepemimpinan) yang berat ini. Kemudian apabila ada seorang saudara yang merasa bahwa dirinya atau mengetahui orang lain memiliki kemampuan dan bakat yang tidak dimiliki oleh pimpinannya, maka hendaklah ia mendermakan kemampuan dan bakat tersebut untuk dipergunakan oleh pimpinan, agar dapat membantu tugas-tugas kepemimpinannya bukan menjadi pesaing bagi pimpinan dan ahlinya.

Saudaraku, mungkin anda masih ingat dialog yang terjadi antara Abu Bakar ra dan Umar ra sepeninggal Rasulullah saw.

Umar berkata kepada Abu Bakar, 'Ulurkanlah tanganmu, aku akan membai'atmu.'
Abu Bakar berkata, 'Akulah yang membai'atmu.'
Umar berkata, 'Kamu lebih utama dariku.'
Abu Bakar berkata, 'Kamu lebih kuat dariku.'

Setelah itu Umar ra berkata, 'Kekuatanku kupersembahkan untukmu karena keutamaanmu.'
Umar pun terbukti benar-benar menjadikan kekuatannya sebagai pendukung Abu Bakar sebagai kholifah.

Tatkala seseorang bertanya kepada Imam Asy-Syahid, 'Bagaimana bila suatu kondisi menghalangi kebersamaan anda dengan kami? Menurut anda siapakah orang yang akan kami angkat sebagai pemimpin kami?'

Imam Asy-Syahid menjawab, 'Wahai ikhwan, angkatlah menjadi pemimpin orang yang paling lemah di antara kalian. Kemudian dengarlah dan taatilah dia. Dengan (bantuan) kalian, ia akan menjadi orang yang paling kuat di antara kalian.’

Dikutip dari Kitab Nadzharat Fii Risalah at-Ta'alim (Bab Ats-Tsiqoh) terbitan Asy-Syaamil.


Ulasan:
1)seorang pimimpin tidak semestinya dia hebat segala-gala.Tapi dia seorang yg mampu pikul amanah dan tahan dgn ujian kepimpinan.

2)ahli mesti tawarkan kelebihan yg dia ada utk membantu para pemimpin menggerakkan pimpinannya.

3)pemimpin perlu menjaga tsiqah krn dia adalah lambang penyatuan pimpinannya.





copy paste dr Masjid At-Tarbiyah IPTHO sempena Pilihanraya Umum IPGKTHO..

Monday, May 9, 2011

Aku terima khitbahmu...

Khitbahmu...
buat kedua kalinya..
membuat diri..
hilang kealam itu..
entah gelap atau terang..
tak dapat kutafsirkan warna itu..
namun..
dalam kelam 
ada kemilau
apakah itu petunjukMu
setelah bermuzakarah dan bermujadalah
keputusan diukir
dan keputusannya
kuterima..
ya..
kuterima khitbahmu
berpandukan 
petunjukNya dan nasihat sahabat-sahabat..
cuma kupinta
disepanjang 'pertunangan' kita itu..
tiada sebarang dugaan
yang boleh menggoyahkan keyakinan ini kembali..
ku tahu
bukan diriku bersendirian..
tetapi ku punya Dia,
kupunya sahabat-sahabat yang akan membantu..
sahabat yang akan bersama memperjuangkan kalimah itu..
Ya Allah,permudahkanlah..

Friday, May 6, 2011

Di Khitbah lagi...

Allah
Apa ada dalam diri ni
hingga jasad dan jiwa ini
dikhitbah lagi
tunjuki jalanMu Ya Allah
pandulah diriku
bantu hambaMu ini
ku tidak mahu tersungkur
dalam dua persimpangan
yang belum ku pasti
pengakhirannya..

Popular Posts