Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Friday, November 12, 2010

Dunia Itu..

“Kepada calon PJ3311 dan PA3311 masa menjawab sudah tamat,sila berhenti menulis”.
Kedengaran pengumuman daripada pengawas peperiksaan untuk kertas hari ini. Aina terus menamatkan penulisannya dan sedia untuk mengemas meja sambil hatinya tidak henti-henti berdoa dan bertawakal kepada Allah agar apa yang telah dia dan kawan-kawannya jawab menepati kehendak soalan.

Sementara menanti kertas soalan dan jawapan dikutip pengawas, mata Aina memerhati pada calon-calon PISMP yang sedang ‘tekun’ menjawab soalan sehinggakan ada yang tergaru-garu belakang tengkuk yang sememangnya tidak gatal..(rasanya lah..). Mereka masih ada masa selama 1 jam 15 minit.

‘Agaknya apalah soalan yang diorang kena jawab, susah ke senang ye’getus hati Aina.Ye la soalan budak PISMP tak sama dengan soalan kami, PPISMP. Takut juga bila mengenangkan kami yang akan menginjak ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun depan dan bukan lagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Sedang enak Aina melayan fikiran, tiba-tiba terdetik hatinya persoalan-persoalan mengenai  senior-seniornya itu; senior melayu. ‘Bolehkah mereka jawab soalan untuk dunia ni?Tanggungjawab mereka sebagai pemuda dan pemudi melayu islam macammane pulak?Ya Allah kurniakan lah kemudahan kepada mereka Ya Allah.. Sesungguhnya merekalah harapan agamaMu.’

Doa untuk memudahkan sebarang urusan.

اللهم لا سهلا الا ما جعلته سهلا, و أنت تجعل ااحزن اذا شئت سهلا
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecil sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.”

Entah mengapa qalbu Aina pada hari itu amat tersentuh mengenangkan pemuda  pemudi Islam kini yang mungkin boleh dikatakan makin meruncing dan membimbangkan tahap sahsiah mereka. Di tambah pula dengan masalah social yang melibatkan pemuda pemudi Islam terutamanya seperti buang bayi dan pergaulan bebas. Amat menyedihkan. ‘Sebenarnya apa yang terjadi kepada mereka,apa puncanya Ya Allah. Sesungguhnya aku amat menyayangi saudaraku.’ Kalau dulu pepatah menyebut ‘PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG NEGARA’  tetapi sekarang bagi Aina ‘ PEMUDA HARAPAN ISLAM PEMUDI TIANG AGAMA’. Penuh makna yang tersirat dalam tersurat.

Tetapi masalah yang sering melanda  mereka sekarang adalah penyakit hati yang sering merasa  ingin  disayangi dan menyayangi. Sememangnya rasa ingin disayangi dan menyayangi adalah satu fitrah tetapi tegakah mereka mencintai insan melebihi daripada mencintai Sang Pencipta insan, Allah S.W.T??.. .Tidak adil namanya tu.


  
1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

(Surah Al-'Alaq:1-5)

Kembalilah kita ke alam nyata..Sesungguhnya dunia ini hanya persinggahan sementara sebelum kita bergerak ke alam yang telah dijanjiNya. Beramallah seperti kamu akan mati esok.
Tiba-tiba..
“Baiklah calon-calon PJ3311 dan PA3311 boleh bergerak keluar dari dewan sekarang dalam keadaan senyap bermula dari barisan tepi agar tidak mengganggu senior-senior anda”
Suara pengawas tadi merenggut khayalan Aina yang terus terbang dibawa angin lalu..(angin air-cond..) dan sememangnya membawa Aina ke alam nyata. Aina mula melangkah keluar bersama sahabat-sahabat seperjuangannya dengan kelegaan dan juga harapan yang satu..’Semoga Pemeriksa dilembutkan hatinya semasa menanda kertas jawapan kami..ameen..’

Sekadar coretan..harap dapat sesuatu w/pun samar..


No comments:

Post a Comment

Popular Posts