Keazaman itu mengajar erti sebuah kepayahan dan kesukaran dalam menuju ke destinasi yang diimpikan...
SALAM
Muhasabah Diri
Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....
Wednesday, December 29, 2010
Monday, December 27, 2010
Bau Best..(^_~)..
"Bau gapo ni..??..busuknyo la...."
"Hahaha...bau petai la..baru sudah makan petai ni..sedap la..lemak berkrim lagi berkhasiat.."
"Banyok la..kalu yo pun nok make, jange la duk tinggal kesan..ape la.."
"Relax la..sekali-sekalo dua kali dua kale tige kali berkale-kale...kale biru kale merah...hahaha.."
Haaa..petai..memang best tp xbley makan byk2 makruh..bau 'best' sgt..petai ni sme spesies ngan jering dan kerdas..termasuk dalam kategori tumbuhan ulam..makan best tapi bila masuk toilet...waa boleh pengsan..jadi simbah la air setong kalau da makan petai tu ye..keh3..
petai ni ade name dye..nama timangan petai..nama komersial Parkia spp..tergolong dalam famili leguminasae..ada famili upenye petai ni..macam manusia je..jgn terkejut petai ni pun ada sedara mara yg ramai tp yg ade kt tanah air kita ni ada 4..
ade ke yang xkenal petai??..meh nak perkenalkan dengan encik petai...
byk gunanya ni..paling top skali jdkn mikrofon..kecik2 dlu la..konon jd penyanyi la, pengacara la..haha berangan byk..tup tup jd cikgu..xpe cikgu pun boleh pegang mic ape..buat pengumuman n bubbling to the students..haha..biasa la budak kreatif lagi inovatif katakan..
hemm banyak cara nak masak petai ni..bukan setakat makan fresh2 ngan budu je, celur pun boleh..ade jugak yang buat jeruk petai..fuyyo ni buat sambal goreng petai..lg la best..bukan setakat tu je ada lg tau..
bukan mee goreng petai je..macam-macam masakan kite boleh letak petai ni..bukan susah pun goreng macam biasa masakan kite, then tambah je petai..lepas tu tambahla perkataan petai dekat belakang tiap2 masakan..contohnya..
skrg ni msukkn je dlm apa2 menu..masak ngan sotong pon boleh, udang, sayur goreng, kacang panjang..sume boleh..macam2 ada...
apa khasiatnya petai ni??..suka sgt makan khasiat xtau..huhu..jom baca kat bawah..
haa..nak tahu lagi banyak pasal petai ni jenguk2 la laman ni..http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/juliana.html
"Hahaha...bau petai la..baru sudah makan petai ni..sedap la..lemak berkrim lagi berkhasiat.."
"Banyok la..kalu yo pun nok make, jange la duk tinggal kesan..ape la.."
"Relax la..sekali-sekalo dua kali dua kale tige kali berkale-kale...kale biru kale merah...hahaha.."
Haaa..petai..memang best tp xbley makan byk2 makruh..bau 'best' sgt..petai ni sme spesies ngan jering dan kerdas..termasuk dalam kategori tumbuhan ulam..makan best tapi bila masuk toilet...waa boleh pengsan..jadi simbah la air setong kalau da makan petai tu ye..keh3..
petai ni ade name dye..nama timangan petai..nama komersial Parkia spp..tergolong dalam famili leguminasae..ada famili upenye petai ni..macam manusia je..jgn terkejut petai ni pun ada sedara mara yg ramai tp yg ade kt tanah air kita ni ada 4..
NAMA SEDARA(TEMPATAN) | NAMA KOMERSIAL(SAINS) |
Petai kerayung | Parkia javanica |
Petai meranti | Parkia singularis |
Petai biasa/papan | Parkia speciosa |
Petai nering | Parkia sumatrana |
haa..perkenalkan saya encik petai..smart kn??..hehe
yg ni isi saya..amacam cantik kan??..hehe
yg ni pulak bunga..
byk gunanya ni..paling top skali jdkn mikrofon..kecik2 dlu la..konon jd penyanyi la, pengacara la..haha berangan byk..tup tup jd cikgu..xpe cikgu pun boleh pegang mic ape..buat pengumuman n bubbling to the students..haha..biasa la budak kreatif lagi inovatif katakan..
bestnye2..nak makan..
hemm banyak cara nak masak petai ni..bukan setakat makan fresh2 ngan budu je, celur pun boleh..ade jugak yang buat jeruk petai..fuyyo ni buat sambal goreng petai..lg la best..bukan setakat tu je ada lg tau..
ni dia jeruk petai..sebungkus 2 ringgit..3 bungkus 5 ringgit..hehe..berbaloi-baloi..
haa..mee goreng petai..sedapnye..
bukan mee goreng petai je..macam-macam masakan kite boleh letak petai ni..bukan susah pun goreng macam biasa masakan kite, then tambah je petai..lepas tu tambahla perkataan petai dekat belakang tiap2 masakan..contohnya..
haa..ni dia..nasi goreng 'petai'..hehe..berselera..tambah lg..hehe
skrg ni msukkn je dlm apa2 menu..masak ngan sotong pon boleh, udang, sayur goreng, kacang panjang..sume boleh..macam2 ada...
apa khasiatnya petai ni??..suka sgt makan khasiat xtau..huhu..jom baca kat bawah..
Biji Petai
* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
Daun
* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.
Akar (kulit akar)
* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum.

tu dia banyak upenye khasiat petai ni..bukn setakat biji dye ngan daun n akar skali berkhasiat..ape la yg buatkn dye ni berkhasiat sangat..apa ada dlm petai ni...hemm...
Kandungan | Nilai |
Tenaga | 120.0 kalori |
Kalsium | 126.0 mg |
Besi | 3.4mg |
Vitamin BI | 0.2 mg |
Vitamin C | 32.7 mg |
Protein | 10.0 mg |
Karbohidrat | 16.0 mg |
Gentian | 1.5 mg |
Lembapan | 69.0 mg |
Lemak | 1.8 mg |
Lain-lain | 1.7 mg |
waah..ok la ni..tp kandungan dye ni xsama, berbeza mengikut umur dan tahap kesegarannya..0oo..petai pun ada umur ye..macam manusia jugak..makin tinggi usia dan segar makin sihat..waahh...ilmu baru ni..
haa..nak tahu lagi banyak pasal petai ni jenguk2 la laman ni..
http://anizyn.blogspot.com/2009/04/khasiat-petai.html
selamat meneroka ke alam tumbuhan..bye..
Sunday, December 26, 2010
Indahnya Bila Khusyuk Beribadah..
' Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar'
(Mafhum Surah Al-Ankabut:45)
"Abang, boleh adik tanya?" Farid memulakan bicara bersama abang kesayangannya,Hakim.
"Silakan tuan hamba,beta akan cuba menjawab..hehe..tanya sajalah adikku. Tak usah minta izin."Hakim membalas dengan lawak jenakanya seperti selalu.
"Haha.. .abang ni suka saja loyar buruk..adik ingin sekali bertanya tentang mafhum surah Al Ankabut ayat 45.Kenapa ramai yang solat tetapi tidak dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar walhal Alah S.W.T telah berfirman bahawa 'Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar'..?" Farid bertanya dengan mimik muka yang menghairankan.
Hakim mengukir senyuman manis buat adik kesayangannya yang baru menginjak ke usia 9 tahun. Sesungguhnya dia amat berbangga mempunyai saudara yang tidak leka seperti kanak-kanak lain. Alhamdulillah semuanya berkat didikan Umi dan Abi.
"Farid, macam ni..adik tahu kan solat itu tiang agama, perkara yang paling penting. Kita tengok ramai yang mendirikan solat tetapi setakat menjelaskan kewajipannya sahaja. Cukup sebagai memenuhi syarat sebagai muslim. Sudah tentulah solat yang khusyuk yang boleh mengubah diri seseorang menjadi baik, mencegah kekejian dan mampu menangani maksiat dan hawa nafsu."
APA TU..??
"Khusyuk??..Hemm apa maknanya abang??.." Tanya farid lagi.
"Khusyuk ni boleh dikatakan sebagai ketenangan, khudhu'(kepatuhan), kehinaan dan merendahkan diri di hadapan Allah S.W.T dengan hati yang pecah dan merasakan diri tidak ada apa-apa harga di sisiNya. tempat khusyuk pula adalah dekat hati dan lain-lain anggota. Dengan kata lain kita solat kerana Allah, tiada dalam hati kita,fikiran kita kecuali Allah sahaja.Lagi satu kan adik dalam surah Al-Mukminun : 1 Allah berfirman yang mafhumnya ' sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman,iaitu orang-orang yang khusyuk didalam solat mereka'.."
MACAM MANA..??
"0oo..macam tu..hemm kalau macam tu adik belum berjayalah abang. Sebab adik kan kadang-kadang solat teringat dekat makanan.. ada sekali adik nampak macam burger melayang-layang depan adik. Itu bila adik rasa lapar la.." Farid memberitahu keadaan dirinya bila menunaikan solat sambil kepalanya tunduk tanda kesal.
'Ooh mulianya adikku ini..ya Allah terima kasih kerana meletakkan benih yang elok dalam diri adikku. Sesungguhnya dia telah bercambah dengan baik.'
"Adik..adik..ada pula burger terbang...adik seeloknya jangan solat kalau tengah lapar, makruh hukumnya. tengok sajalah adik teringat burger pula..kan dah mengganggu solat adik" Hakim menasihati adiknya dengan harapan apa yang diperkatakannya dapat diterima dan disemadikan dalam diri sebaik mungkin.
"makruh ye abang..oo..sekarang adik dah tahu..baiklah lepas ni adik janji takkan solat dalam keadaan tengah lapar. habis tu abang macam mana nak solat dengan khusyuk abang" Farid tidak putus-putus bertanya kepada abangnya.
CARANYA..
"Abang ada baca dalam buku '99 NASIHAT BAGAIMANA KHUSYUK BERSOLAT;AL-USTAZ SAAMIR 'IMRAN', penulis buku ini memecahkan kepada 4 bahagian iaitu:
- Perkara-perkara yang menjadi penghalang kekhusyukan
- Nasihat-nasihat sebelum memulakan solat
- Nasihat-nasihat semasa menunaikan solat
- Nasihat setelah menunaikansolat
..tetapi secara amnya Rasulullah S.A.W telah memberikan tunjuk ajar tentang bagaimana khusyuk dalam solat. Antaranya niat yang ikhlas dan suci, makan makanan yang halal, mengerti dan memahami bacaan-bacaan dalam solat dan melakukan perkara-perkara sunat dalam solat."
"Apa yang dia cakap abang..bagitau la adik..adik pun nak khusyuk dalam solat..adik nak jadi orang yang berjaya..mesti best kan abang khusyuk dalam solat..sukanya adik dapat khusyuk nanti.." Farid meminta abangnya memberitahunya.
"Adik banyakla. Semuanya ada 99 nasihat.Kalau adik nak tahu abang kena buat kelas agama buat adik ni..nanti abang dapat gaji..adik mesti bayar kan..hehe.." Hakim mula berkira-kira dengan adiknya.
" Alaa abang ni, takkan dengan adik pun nak berkira..abi selalu cakap kat adik kita buat kerja kena ikhlas lagi-lagi kalau hal yang berkaitan dengan agama.." Farid mengingatkan abangnya.
"Erk.. aduh sakitnya kepala abang..hehe.. terima kasih ya adik ingatkan abang..abang gurau-gurau jelah.ok la nanti abang bagitau adik tapi bukan hari ni sebab sekarang abang dah lewat nak ke perpustakaan ni..abang ada discussion dengan kawan-kawan abang."Hakim terasa malu pada dirinya sendiri atas keterlanjurannya. dia bersyukur mempunyai adik yang boleh mengingatkannya dikala dia terleka.
"Hehe..sama-sama kasih abang..ok nanti bagitau adik tau..jangan lupa tu.."Farid mengingatkan abangnya sekali lagi.
" InsyaAllah adikku sayang..ok lah abang pergi dulu..Assalamualaikum" Hakim menjawab dan terus berlalu menuju ke destinasi yang telah dirancang bersama rakan-rakannya.
" Waalaikumusalam..hati-hati ye abang.."Farid berpesan lagi pada abang yang disayanginya.kemudian di terus berlalu masuk kedalam rumahnya..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
27 Rejab 27 Mei Sudah lama meninggalkan blog ini, praktikum, exam tanggungjawab masyarakat semua mengisi ruang waktu bimbang benar...
-
Assalamualaikum Jika belum bersedia cukuplah cinta dalam diam, kerana diam itu satu bukti kesetiaan cintamu hingga saatnya ketemu, Usah...
-
Assalamualaikum, Hampir seminggu arwah meninggalkan kami, pergi menyahut seruan Ilahi, In sya' Allah diterima disisi-Nya, seg...