Ke hadapan anakku. Entah mengapa, hati ayah terasa lain benar pada hari ini sehingga ayah tergerak hati untuk menulis surat ini. Ayah ingin mewasiatkan beberapa perkara yang sangat berguna untukmu, wahai anakku.
Jagalah amanah Tuhan dan tinggalkan larangan-Nya. Jangan mudah terpedaya antara amanah dan larangan. Janganlah bermuram sentiasa. Jika ada masalah, tetaplah tersenyum anakku. Tolonglah patuhi titipan ayah ini, ya.
Peliharalah auratmu walau di mana kau berada. Jangan biarkan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu di hadapan lelaki yang bukan milikmu.
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikuti sunahnya. Ikuti perintah agama, jauhi larangan-Nya, al-Quran panduan hidupmu dan hadis menjadi sumber rujukanmu.
Nilai cintamu pada Tuhan yang satu, kasihi Tuhanmu, redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak suatu hari nanti ada insan yang menantimu.
Ayah sangat berharap kelak nanti anak ayah ini akan mampu melahirkan generasi baru yang berwawasan dan lahirnya Muslimin Muslimah yang sejati dan dikasihi. Sayangilah ibumu sebaik-baiknya kerana sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kakinya.janganlah kakak mempersoalkan takdir tetapi belajarlah menerimanya dengan ikhlas.
Diambil dr Novel Tarbiyah Remaja : I'm Single...Single Unavailable oleh Nurin Izzati..
Sebuah novel remaja yang membentuk jiwa dalam melayari erti kehidupan yang penuh onak dan duri..
harapan seorang ayah yang mungkin tidak diluahkan pada masa kini terhadap anak-anaknya...
bersama kita ambil iktibar...(^_^)
*esok balik
*xkemas pape g..
*PBS??...huhu
*Semoga selmt prjalann pulang ke kg semua..
*xsbr nk jumpa ank sdre baru..heee
No comments:
Post a Comment