Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Friday, March 4, 2011

Tokoh Takabbur...

Assalamualaikum..



Hemm..takabbur =sombong (penyakit berbahaya)
Mengapa??..kerana kesannya amat parah..Allah S.W.T juga tidak sukakan orang yang takabbur..
Allah berfirman :





Banyak perkara yang boleh mendatangkan sifat takabbur dalam diri...kadang-kadang tanpa kita sedari lahir bibitbibit sombong atau takabbur dalam diri..sebelum kita mnegenal apa itu takabbur, punca dan cara mengatasinya jom kita kenali antara tokoh-tokoh takabbur dalam al-Quran.


Mari mengenal makhluk-makhluk yang takabbur dalam al-Quran..

Syaitan, Firaun, Namrud, Yahudi adalah antara ikon takabbur menolak kebenaran dalam keadaan mereka tahu ianya satu kebenaran..

  • Apakah Iblis tidak tahu kelebihan Adam setelah melihat kelebihannya yang mengetahui nama-nama benda (asma'akullaha)
  • Bukankah Yahudi lebih mengenal Nabi Muhammad s.a.w lebih daripada mereka mengenal anak-anak mereka (yakrifunaha kama yakrifuna abna'ahum)
  • Lihat pula bagaimana Namrud yang sudah kalah dalam berhujah dengan Nabi Ibrahim tetapi masih enggan menerima kebenaran dan terus berkeras menegakkan benang yang basah.
  • Dalam Hakikat Tauhid dan Tasawuf, Prof. Dr. K.H. Muhibbudin Waly mencatatkan mengenai Firaun: "Firaun yang sihat sepanjang 400 tahun berasa hairan terhadap dirinya sendiri. Keadaan ini kemudiannya membuahkan rasa takabbur hingga sanggup mengakui dirinya sebagai tuhan yang maha tinggi."
  • Begitu juga Qarun yang dirosakkan oleh potensi hartanya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia, 'Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat." (Surah al-Kahfi 18:34)
        Allah berfirman yang bermaksud: "Maka Kami benamkan Qarun beserta rumahnya ke dalam 
        bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan
        tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)." (Surah al-Qasas 28:81)
  • Bal'am bin Baura, seorang ulama besar pada zamannya dihancurkan oleh ilmu dan amalannya. Allah s.w.t menempelak Bal'am dan mereka yang seumpamanya menerusi firmanNya yang bermaksud: "Maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia pun menjulurkan lidahnya juga." (Surah al-A'raf 7:176)
  • Kisah Haman terungkai dalam surah Ghafir ayat 24, firman Allah yang bermaksud: "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang yang luput (dari kehancuran itu)."
  • Terdapat satu surah khas yang didedikasikan kepada Abu Lahab iaitu surah al-Masad. Surah ini menceritakan tentang Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul s.a.w. Kedua-duanya akan celaka dan masuk neraka. Hartanya tidak berguna untuk keselamatannya, demikian juga segala usahanya. Kisah Abu Lahab berakhir dengan azab yang pedih.
Sabda Nabi S.A.W :



Buanglah sifat takabbur dalam diri kita...post akan datang insyaAllah akan berbicara lagi mengenai takabbur. .



*alhamdulillah..(^_^)
*semoga Allah memberikan kesembuhan padamu duhai sahabat..Tabahlah mengahadapi ujian ini..Kami sayang sangat2 dirimu..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts