Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Saturday, April 9, 2011

Dengarlah Duhai Temanku Sayang..



Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-anagan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifatNya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan, Kau jua yang tanggung natijahnya.
'Sesungguhnya Kami menciptakan manusia sebaik-baik kejadian.'
(Surah al-Tin:4)


Sedarlah temanku,
Kita musafir didunia,
Kita akan pulang kepadaNya,
Hidup didunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak disana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat orang beriman diantaramu dengan orang berilmu beberapa darjat.'
(Surah al-Mujadilah:11)


Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat denganNya,
Barulah hatimu tenang bahagia.


Ketahuilah temanku, 
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
'You are the best Ummah.'(Surah Ali imran:110)
' Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.'(Al-Hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan,
' Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.'(Al-Baqarah:201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
'Bacalah! Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan.' (Al-'Alaq:1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
'Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan.'(Surah Al-ahzab:72).
Ketinggian seseorang kerana iman,
' Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.'(Surah ali Imran:139)


Lantaran itu, carilah reda Tuhan,
dengan melakukan sebaik-baik amalan,
Usaha x istiqomah-malas/ masa + yakin,
asas kejayaan,
' Allah tidak akan ubah nasib sesuatu kaum sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.' (Surah Ar-Ra'd:11)
' Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan RasulNya kepada mereka dan berkata:cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memeberikan kepada kami sebahagian dari kurniaNyadan demikian pula RasulNya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian itu lebih baikbagi mereka).'(Surah At-taubah:59)


Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala, bakal mengangkat darjatmu disisiNya,
Malah kau pula menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanat berharga.


Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yag panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimua jatuh buat selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.


Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun di syurga.


~Tautan Hati, Fatimah Syarha Mohd Noordin~

No comments:

Post a Comment

Popular Posts