Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Thursday, February 10, 2011

Dia Maha Berkuasa..

Assalamualaikum...




Seminggu sudah berlalu setelah post saya yang terakhir sebelum ini mengenai pengalaman berada di institut pada masa cuti tanpa kehadiran sahabat2 sekelas dan juga jiran yang pelbagai kaum. Hanya ditemani adik2 pantai timur Malaysia dan makhluk Yang Maha Agung.


Bersendirian terkadang membawa seribu persoalan mengenai ciptaan sang Khaliq yang amat menakjubkan. Bagaimana cakerawala ini dijadikan bagaimana tadbirannya. Sungguh kita sebagai hambanya yang lemah tidak mungkin dapat meneka bagaimana kaedah dan cara yang diguna untuk mencipta alam ini hanya dengan logik akal. 




Cuaca yang terkadang sukar diduga merapuhkan lagi takabbur manusia dalam mentafsir alam.
Banjir yang melanda secara tiba-tiba di negeri Johor langsung tidak dijangka akan berterusan sehingga ke hari ini terutama di perkampungan sekitar daerah Batu Pahat sehinggakan sesi persekolahan terpaksa dijalankan di tempat penempatan mangsa banjir dalam keadaan pelajar dan guru berpakaian biasa.


Namun hanya Dia yang mengetahui apa sebab dan hikmahnya diturunkan zarah-zarah hikmah yang berada dalam kepulan awan yang di gantung di langit. Itulah antara kebesaran dan kekuasaanNya yang dapat kita lihat dengan anugerah pancaindera kita. 








24. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.

25. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan keluasan ilmunya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan Yang menakjubkan itu) Dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila ia menyeru kamu Dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu Dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

( surah Ar-Rum : 24-25 )


satu lagi ayat cinta yang mengandungi rahsia bagaimana terbentuknya hujan dalam surah an-nur ayat ke 43..


43. tidakkah Engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? selepas itu Engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) Yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa Yang dikehendakiNya. sinaran Kilat Yang terpancar dari awan Yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.



Subhanallah, begitu indah dan halus setiap ciptaanNya, bersyukurlah kita diberi peluang untuk hidup di dunia ini. gunakanlah anugerah pancaindera yang dikurniakan dengan sebaiknya dengan sentiasa memikirkan kekuasaanNya..
Mohon undur diri..=)






*entah bila nak smbung cerpen 'indahnya Khusyuk Beribadah'...tunggulah dlu..=D









No comments:

Post a Comment

Popular Posts