Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Friday, February 18, 2011

Kerja,kerja!!

Assalamualaikum semua..
Apa khabar iman semua?..Diharapkan sihat-sihat semuanya..Sekadar ingin berkongsi aktiviti amal yang alhamdulillah diberi kesempatan saya sertainya pada 13/2/2011 di Kg Parit Lapis Bancas yang terletak dalam daerah Batu Pahat.

Kg ini adalah salah satu kampung yang telah dilanda banjir teruk semasa pilihan raya dun tenang seminggu yang lalu. Namun, walaupun mentari memancarkan sinarnya, air banjir yang 'menghuni' kampung ini tetap tidak berganjak.

Di kesempatan itu,saya telah menyertai satu rombongan badan bukan kerajaan membantu penduduk kg sekitar Kg Parit Lapis Bancas tersebut.First of all, kami berhenti di Masjid Parit Lapis Bancas.






tinggi masjidnya..

Masjid di kg ni tinggi dan rasanya memang sengaja dibina tinggi supaya boleh berjaga2 dengan banjir. Jadi penduduk yang menjadi mangsa boleh berada disana.

Semasa kami tiba, penduduk kg sibuk menyiapkan makanan tengahari.Kami pun bersama2 menolong mereka potong labu, kupas kulit telur dan makan sarapan..hehe..tp xlama kami membantu mereka kerana kami dijemput ke rumah salah seorang mangsa banjir.

ke rumah mangsa banjir???..nk buat apa???...

apa lg..basuh rumah la..(^_^)..ni part yg saya suke..bersih membersih ni memang saya suka..semangat dah dlm kereta...bila sampai rumah mangsa....jeng3...


"Ya Allah kesiannya."(ini simpati)
"Eh macammane la kt dalam rumah mesti penat nk basuh."(ini empati)


itulah antara dialog2 yg meniti dibibir kami..rumah pak cik tu mcm pulau je..dikelilingi air yg bertakung..nk kata tinggi airnya tak la sbb dah surut sikit..apa2 pon terpaksalah basahkan stokin untuk msuk ke rumah pak cik tu..


Kata pakcik dah 3 tahun rumahnye xnaik air..ni tiba-tiba pulak naik tanpa diduga..hemm..sabar ye pak cik..so kami pon memulakan tugas membersihkan pangkin rumah. letak sabun BUMM!! naseb baik xmeletup..huhu...pastu ape lg bermulalah aktiviti sental menyental..

air sama tara (paras) ngan pangkin...


gambar terbalik...paras air yg naik...

kawasan luar dapur...

Dalam rumahnya pon masih ade lagi air yang bertakung..semua barang diangkat keats..air bertakung kat bahagian dalam rumah sbb kawasan dalam rumah lagi rendah dari pangkin...kasihan mereka...

Itulah beberapa gambar yg sempat saya ambik semasa mencurahkan sedikit tenaga di rumah mangsa banjir...lepas habis semua kami dijamu dengan makanan..part ni jugak saya suka sbb boleh makan setelah penat bekerja..hehehe..alhamdulilah rezeki jangan ditolak..


kemudian kami bergerak ke Masjid Parit Lapis Bancas kembali untuk mengagihkan beras kepada penduduk kg..terzahir rasa gembira pada raut wajah pakcik makcik dapat mengurangkan beban mereka..



sebelum pulang kami berhenti dibeberapa buah rumah penduduk untuk mengagihkan lagi beras kepada mereka..alhamdulillah walaupun penat tetap merasa gembira dan syukur pada Allah dapat meringankan beban mereka..semoga mereka sabarmenghadapi bencana ini...

on the way balik, sume dah layu dalam kereta...mengantuk + penat = tido!!....
hehehe..sampai mktb terus smbung aktiviti memejamkan mata...apa2 pun tetap mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga....pinggang sakit buat biasa je...esok2 baik la....

seronok tolong orang ni...dia senang kita pon senang..dia gembira kita pon gembira...sama2 merasa...yang penting ikhlas...sama2 bersaudara..saudara satu aqidah...jadi sama2 kita eramal..tmbah list amal kebaikan kita...semoga list keburukan kita berkurangan dan amal kecil kita dapat menampung pahala kita yg lain...

SELAMAT BERAMAL..(^_^)



No comments:

Post a Comment

Popular Posts