Muhasabah Diri

Kadangkala terusik hati ini pabila 'disapa' dgn kepayahan hidup yang bagaikan duri menghiris hati dari yangEsa..Lantas tanpa kesedaran aku mencaci mengapabegitu percaturanNya, kemudian di sebalik keperitan itu ku pelajari jalan mengatasinya, matang fikiranku kerana ujianNya, luaspemandanganku walaupun sakit hanya seketika, SABAR , itulah yang paling bermakna..nikmatnya baru ku terasa...Di saat itu barulah ku ketahui, disebalik ujian ada kerahmatan, di sebalik kesusahan ada kemudahan, di setiap penderitaan terselit kasih sayangNya..Hebatnya Rabbul Jalil sedang kita tidak mengetahui....

Tuesday, February 22, 2011

MASUK SYURGA DAN MASUK NERAKA KERANA SEEKOR LALAT…


IMAM THARIQ bin Syihab pernah berkata dalam majlis pengajiannya, “Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.”

            Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq  bin Syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka ternyata hairan.

            “ Bagaiman hal itu boleh terjadi?” Tanya mereka serentak.

            Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah kisah menarik.

“Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari,mereka memasuki daerah yang didiami oleh satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka  harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

comel je..huhu..

Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban unuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begittu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.

Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala.   




Hemm, macammane kwn2..agknye kalu kite berada ditempat mereka mana yg akan kite pilih...lalat atau akidah??..mungkin bibir ringan mengatakan pasti akidah yang akan dipilih tetapi tidak mungkin kita dpt membuktikan apa yg diucap jika tidak disertai dengan kemantapan dan keteguhan akidah dalam hati..pasti keliru dan serba salah mana yang lagi utama..

Mungkin juga kita akan kata, alaa benda2 mcm tu mana ade sekrg..tu zmn nabi dlu'....jangan berkata sebegitu ye temanku...tanpa kita sedari sebenarnya sekrg kita dlm suasana spt zaman nabi dulu..

Maksiat semakin berleluasa..Lihat sahaja berapa ramai bayi2 yg tidak berdosa dibuang sesuka hati tanpa perikemanusiaan..setiap hari pasti ade berita yang keluar terpampang didada akhbar..itupun yang dilaporkan macmmane pulak yg tidak dilaporkan??..

Rasuah dalam kalangn masyrkt pelbagai lapisan dan kaum...aurat lelaki mahupun perempuan dibiarkan terdedah walaupun sudah terang lagi bersuluh Allah berfirman dalam KitabNya yg memerintahkan untuk menutup aurat..contohnya dalam surah An-Nur..beleklah kembali lembaran Kitab kite duhai remaja..janganlah jadikan ia teman karib hanya ketika dirimu kecil...Al-Quran itu lengkap dan sesuai sepanjang zaman..

Jika Sultan Muhammad Al-Fateh yg pd ketika umurnya 20 tahun telah dilantik menjadi raja, apa remaja kita pada usianya sedang lakukan??...sayangnya hanya segelintir remaja sahaja seperti beliau..jadi yang lain dimana??...fikir, fikir dan teruskan berfikir...dimanakah pemuda tiang agama, pemudi tiang negara??....pemuda sbg pemimpin pemudi sbg pembantu dlm pembinaan negara..

Ayuh remaja kita bangkit...jangan biarkan nafsu mendahului iman kita...dimana rasa takot kita pada Allah juga Rasulullah...

Jom sama2 kita muhasabah diri..peringatan tuk diri sendiri juga..(^_^)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts